Tilikan Dinamika Politik UMNO Dalam PRU 15 - EDISI SIASAT

Tilikan Dinamika Politik UMNO Dalam PRU 15

Read Time:1 Minute, 50 Second

Tilikan Dinamika Politik UMNO Dalam PRU 15

Tilikan Dinamika Politik UMNO Dalam PRU 15

Ramai yang menuduh UMNO sebagai parti politik yang anti reform.

Balik-balik muka lama, balik-balik muka dinasor politik yang dicalonkan.

Tidak kurang juga yang menuduh UMNO sebagai sebuah parti yang hanya berani berlaga di kandang sendiri.

Calon-calon ‘heavyweight’ sering diletakkan di kawasan selamat.

Tapi dalam PRN Melaka, UMNO telah menafikan segala tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan.

Lebih 80 peratus calon UMNO terdiri dari sama ada anak muda, mahu pun muka baharu.

Ianya dijangka akan diteruskan di dalam PRN Johor yang dikatakan akan dilakukan.

Dan yang lebih penting, ianya juga pasti akan diteruskan dalam PRU 15 nanti.

Anak muda pasti akan diberikan tempat untuk gantikan calon-calon otai.

Annuar Musa, Shahidan Kassim dan Tajuddin Rahman Akan Buktikan Kejantanan Mereka Dalam PRU 15

Manakala calon ‘heavyweight’ seperti Annuar Musa dan Shahidan Kassim akan diberi peluang untuk buktikan kejantanan mereka.

Dan calon ‘bantamweight’ pula seperti Tajuddin Rahman akan diberi peluang dengan calon yang sama level.

Dalam telekan Edisi Siasat Annuar Musa sebaiknya ditemukan dengan Anwar Ibrahim.

Annuar sama Anwar, sama-sama otai dan calon ‘heavyweight’.

Bagi Shahidan Kassim yang berjiwa besar, sudah pasti tak ada masalah untuk berikan laluan kepada Ketua Pemuda Arau.

Sebagai menghargainya, elok juga kalau Shahidan Kassim sebagai Menteri Wilayah bertemu dengan mantan Menteri Wilayah PH, Khalid Samad.

Calon ‘bantamweight’ macam Tajuddin, elok sangat kalau bertukar angin.

Tapi takkan Tajuddin hendak bertemu dengan calon baharu dari PH atau PN.

Apa level…

Elok kalau Tajuddin bertemu dengan Rayer dari DAP di Jelutong.

Baru padan, sama-sama bising dalam Dewan Rakyat.

Mungkin ramai yang persoalkan, macam mana pula dengan Zahid, Najib dan Tok Mat Hassan?

Dia orang biarlah bertanding di tempat masing-masing sebab dia orang tak tunjuk belang luar gelanggang.

Yang 3 orang tu selalu tunjuk belang di luar gelanggang, kali ini bagilah dia orang peluang tunjuk belang dalam gelanggang pula!!!

Macam mana, setuju tak?

 

Tilikan Dinamika Politik UMNO Dalam PRU 15

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman

Share

Leave a Reply