Tiga beranak lemas - EDISI SIASAT

Tiga beranak lemas

Read Time:1 Minute, 27 Second
Tiga beranak lemas
Mayat mangsa ditemukan nelayan tempatan di Pulau Tagabua. – Foto hiasan

Tiga beranak lemas

KUNAK: Tiga beranak warga Filipina lemas selepas bot yang dinaiki terbalik, akibat dipukul ombak besar ketika dalam perjalanan membeli barang dari Kampung Bangkuruan, di Lahad Datu ke Pekan Kunak, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintenden Sabarudin Rahmat, berkata mayat Saujal Mangguna, 31, ditemukan nelayan tempatan di Pulau Tagabua, dekat sini pada 10.30 pagi tadi, selepas mayat dua anaknya, Mohd Haizal, 5, serta Suriani, 3, ditemukan semalam, manakala isterinya, Kalsum Alam, 35, terselamat dalam kejadian itu.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang ramai mengenai kejadian itu pada 4.44 petang semalam.

“Saujal yang bekerja sebagai nelayan di sini, tinggal bersama keluarganya di Kampung Batu 20 Jalan Silam-Lahad Datu.

“Empat beranak itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sabarudin menasihatkan orang awam supaya memakai jaket keselamatan serta berhati-hati semasa di laut, terutama dalam keadaan cuaca ribut dan laut bergelora. – BERNAMA

Tiga beranak lemas


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply