Suu Kyi bukan lagi wakil Myanmar di ICJ - EDISI SIASAT

Suu Kyi bukan lagi wakil Myanmar di ICJ

Read Time:1 Minute, 31 Second
Suu Kyi bukan lagi wakil Myanmar di ICJ
Gambar fail pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi, yang kini menghadapi lima lagi tuduhan rasuah. – Foto REUTERS

Suu Kyi bukan lagi wakil Myanmar di ICJ

THE HAGUE: Aung San Suu Kyi digantikan sebagai wakil Myanmar bulan depan pada perbicaraan kes pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Perkara itu dimaklumkan kepada Reuters oleh Peguam Negara Gambia, Dawda Jallow, yang memfailkan kes berkenaan.

“Wakili Myanmar dalam perbicaraan sebelum ini pada 2019 ialah Aung San Suu Kyi tetapi kini dimaklumkan beliau akan digantikan orang lain.

“Perbicaraan secara hibrid ditetapkan pada 21 Februari 2022,” katanya sambil menjelaskan pendekatan itu diambil kerana ancaman COVID-19 masih lagi serius.

Myanmar dijangka mencabar bidang kuasa ICJ ketika perbicaraan awam bermula pada 21 Februari ini.

Dalam perkembangan lain, sumber memaklumkan, Suu Kyi dan bekas Presiden Myanmar, Win Myint, dikenakan lima lagi tuduhan rasuah.

Kata sumber yang arif mengenai kes terbabit, setiap tuduhan itu membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Tuduhan terbaru itu dikatakan berkaitan dengan penyewaan sebuah helikopter ketika menerajui pentadbiran negara itu. – REUTERS

Suu Kyi bukan lagi wakil Myanmar di ICJ


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply