Ratusan ribu berkumpul tanpa mempedulikan ancaman COVID-19 - EDISI SIASAT

Ratusan ribu berkumpul tanpa mempedulikan ancaman COVID-19

Read Time:1 Minute, 49 Second
Ratusan ribu berkumpul tanpa mempedulikan ancaman COVID-19
Ratusan ribu menyertai upacara keagamaan di tebing Sungai Ganges di India, tanpa langkah kawalan COVID-19. – Foto AFP

Ratusan ribu berkumpul tanpa mempedulikan ancaman COVID-19

PRAYAGRAJ: Ribuan penganut agama Hindu di India hari ini berkumpul di tebing Sungai Ganges untuk mandi meskipun kes COVID-19 meningkat 30 kali ganda bulan lalu.

Masyarakat Hindu percaya upacara mandi air sungai suci itu pada perayaan Makarsankranti akan menghapuskan dosa.

Ram Phal Tripathi, adalah antara yang berasak-asak di tebing sungai tanpa memakai pelitup muka, apatah lagi mematuhi penjarakan fizikal.

“Sukar untuk bernafas dengan pelitup muka, setiap tahun saya datang untuk berendam suci.

“Macam mana saya mahu meninggalkannya pada tahun ini,” katanya yang datang bersama keluarga dari sebuah kampung di Uttar Pradesh.

India ketika ini berdepan peningkatan semula kes COVID-19, dipercayai berpunca daripada varian Omicron tetapi jumlah yang masuk ke hospital adalah rendah kerana ramai yang dijangkiti sembuh selepas berehat di rumah.

Doktor merayu keputusan Mahkamah Tinggi Bengal Barat untuk membatalkan kebenaran sambutan perayaan terbabit tahun ini kerana bimbang jangkitan yang dikaitkan ‘super spreader’, namun tidak berjaya.

Tahun lalu, sambutan besar-besaran diadakan di utara India, sekali gus mengakibatkan peningkatan ketara kes jangkitan yang tinggi.

Hari ini, kementerian kesihatan negara melaporkan sejumlah 264,202 kes baharu dalam tempoh 24 jam, menambah jumlah keseluruhan dijangkiti sebanyak 36.58 juta.

Kematian akibat COVID-19 meningkat kepada 315 orang dengan jumlah kumulatif mencecah 485,350 kematian. – AFP

Ratusan ribu berkumpul tanpa mempedulikan ancaman COVID-19


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply