Putera Andrew tiada lagi gelaran kehormat tentera, naungan diraja - EDISI SIASAT

Putera Andrew tiada lagi gelaran kehormat tentera, naungan diraja

Read Time:1 Minute, 20 Second
Putera Andrew tiada lagi gelaran kehormat tentera, naungan diraja
Putera Andrew dan Virginia Giuffre. – Foto fail AFP

Putera Andrew tiada lagi gelaran kehormat tentera, naungan diraja

LONDON: Anak lelaki kedua Ratu Elizabeth II, Putera Andrew, tiada lagi gelaran kehormat ketenteraan dan naungan diraja, berkuat kuasa semalam.

Perkembangan dramatik itu menyusul ketika putera terbabit berdepan dakwaan kes serangan seksual di Amerika Syarikat (AS).

Laporan media Britain memetik sumber diraja yang enggan dikenali sebagai berkata, Putera Andrew tidak akan lagi menggunakan gelaran ‘His Royal Highness’ dalam sebarang kapasiti.

Terdahulu, Istana Buckingham mengumumkan Putera Andrew melepaskan gelaran kehormat ketenteraan dan peranan dalam aktiviti kebajikan.

“Duke of York tidak akan meneruskan tugas awamnya, serta mempertahankan kes dihadapi sebagai rakyat biasa,” menurut kenyataan dikeluarkan.

Putera Andrew didakwa melakukan serangan seksual terhadap Virginia Giuffre, 38, ketika wanita itu berusia 17 tahun pada 2001.

Bagaimanapun, putera itu menafikan tuduhan berkenaan. – AFP

Putera Andrew tiada lagi gelaran kehormat tentera, naungan diraja


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply