Polis buru bapa kanak-kanak maut bot meletup - EDISI SIASAT

Polis buru bapa kanak-kanak maut bot meletup

Read Time:2 Minute, 12 Second
Polis buru bapa kanak-kanak maut bot meletup
Polis menggali semula kubur mangsa – Foto NSTP/PDRM.

Polis buru bapa kanak-kanak maut bot meletupSEMPORNA : Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai bapa kandung kepada seorang kanak-kanak lelaki yang maut dipercayai berpunca daripada kejadian bot pam yang meletup di kawasan perairan Pulau Tatagan, dekat sini, Rabu lalu.

Suspek, dikenali sebagai Astari, 40, seorang lelaki warga Filipina, dikehendaki polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan dipercayai melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superitendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, hasil siasatan lanjut telah mendedahkan penemuan sebuah kubur yang baharu di Tanah Perkuburan Kampung Halo, Semporna pada hari sama kejadian Rabu lalu.

Beliau berkata, berikutan penemuan itu, ia membawa kepada penemuan satu mayat dipercayai mangsa kejadian letupan sebuah bot pam yang berpunca daripada aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan dan sedang disiasat polis.

“Sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Semporna telah pergi ke lokasi penemuan untuk siasatan lanjut.

“Setelah mendapatkan perintah mahkamah, proses menggali semula kubur telah dijalankan oleh Pasukan Forensik, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah dan dibantu Pasukan Siasatan BSJD IPD Semporna, Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia dan Pasukan Perubatan Hospital Semporna,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Mohd Farhan berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Mayat Hospital Semporna untuk tujuan bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian.

Katanya, mangsa adalah seorang kanak-kanak lelaki warga asing, berumur lebih kurang 10 tahun berdasarkan keadaan fizikal mayat.

“Polis sedang giat mengesan bapa kandung mangsa dan orang ramai diseru supaya menyalurkan maklumat berkaitan suspek berkenaan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Muhammad Nur Faez Hazreeq Abdullah di talian 0198139851 atau 089782020,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan aktiviti pengeboman ikan adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dihukum di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Polis buru bapa kanak-kanak maut bot meletup


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply