Pengurusan masjid usah ambil tindakan sendiri - EDISI SIASAT

Pengurusan masjid usah ambil tindakan sendiri

Read Time:2 Minute, 0 Second
Pengurusan masjid usah ambil tindakan sendiri
Serah kepada pihak berkuasa urus kes jenayah, bukan mengambil tindakan sendiri. FOTO BERNAMA

Pengurusan masjid usah ambil tindakan sendiri

KUALA LUMPUR: Pengurusan masjid dinasihat tidak mengambil tindakan sendiri terhadap individu terbabit jenayah di rumah ibadat sehingga menyebabkan berlaku ‘kezaliman’ terhadap orang disyaki.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata orang awam perlu mengelak melakukan tindakan sendiri terhadap orang disyaki melakukan jenayah serta merakam gambar individu terbabit bagi tujuan sebaran awam.

Beliau berkata, sebarang bentuk hukuman ke atas orang disyaki sepatutnya diserahkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut.

“Ingin ditegaskan, perbuatan mencuri atas apa alasan sekali pun adalah suatu perbuatan dilarang dalam Islam. Pesalah wajar dihakimi dengan seadilnya.

“Masyarakat diseru supaya sentiasa cakna terhadap anggota kejiranan dan sama-sama mengambil peranan mencegah masalah sosial di kawasan sekeliling, mengikut peranan masing-masing tanpa melampaui had.

“Semoga perkara ini menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua dalam menyantuni masyarakat di sekeliling kita,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas tindakan imam dan sekumpulan jemaah sebuah masjid di Selangor memandikan seorang remaja seperti ‘jenazah’ kerana cuba mencuri tabung masjid.

Terdahulu, seorang remaja yang videonya tular di media sosial kerana dimandikan seperti ‘jenazah’ akibat cuba mencuri tabung masjid, dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang.

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu ke atas Daniel Iskandar, 19, selepas dia mengaku bersalah cuba mencuri tabung Masjid Al Islahiah dengan mengheret dan menyorokkan tabung itu di dalam bilik mandi jenazah di masjid berkenaan di Kuang, Rawang dekat sini pada jam 11.58 malam, 8 Januari lalu.

Pelbagai pihak menyifatkan tindakan memandikan remaja berkenaan seperti jenazah adalah keterlaluan.

Pengurusan masjid usah ambil tindakan sendiri


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply