NUBHAN RANCANG LENGKAP LIMA ANAK - EDISI SIASAT

NUBHAN RANCANG LENGKAP LIMA ANAK

Read Time:1 Minute, 47 Second

NUBHAN RANCANG LENGKAP LIMA ANAK – ISTERI SELAMAT LAHIRKAN ANAK KETIGA 

“Alhamdulillah isteri dan baby kami berada dalam keadaan sihat. Kedua-duanya dah dibenarkan pulang dan kini sedang berpantang di sebuah pusat penjagaan ibu dan anak di Melaka. Perasaan memang seronok cuma anak ketiga ini kita dah lebih bersedia dan berpengalaman, jadi tak ada la gementar macam anak pertama dahulu.

“Semua kelahiran memang saya akan teman isteri di bilik bersalin, kesakitan itu lebih kurang sahaja. Isteri menahan sakit kontraksi sehari tapi baby kali ini lebih senang keluar.

“Ikutkan perancangan memang nak lagi dua, cukup lima anak. Tapi itu semua berbalik pada rezeki. InsyaAllah! Sekarang ini biarlah isteri berehat dulu sampai anak besar sikit, dia pun akan sibuk dengan perniagaannya selepas ini.

“Syukur saya dapat pecah tradisi dalam keluarga memiliki dua anak perempuan sebab dalam lapan adik beradik lain mereka hanya memiliki seorang sahaja anak perempuan dan ada yang semua lelaki,” demikian kata penyanyi Nubhan yang meluahkan rasa syukur dan teruja apabila isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek selamat melahirkan anak ketiga pada Rabu lalu.

Bayi perempuan seberat 3.37 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Negeri Sembilan kira-kira pukul 11.45 pagi. Pasangan ini turut berkongsi berita gembira ini menerusi laman Instagram milik masing-masing.

Untuk makluman, Nubhan dan isteri berkahwin pada 2015 dan telah dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini iaitu Aafiya Kamilia berusia empat tahun dan Ahmad Aaffan, dua tahun.

 

 

NUBHAN RANCANG LENGKAP LIMA ANAK


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply