MV TERBARU CAPRICE DIPERTIKAI WANITA TAK TUTUP AURAT - EDISI SIASAT

MV TERBARU CAPRICE DIPERTIKAI WANITA TAK TUTUP AURAT

Read Time:1 Minute, 46 Second

MV TERBARU CAPRICE DIPERTIKAI WANITA TAK TUTUP AURAT

“Hukum tayang aurat wanita apa bro? Benar saya mengaku yang Cap buat app jihad dalam pembelajaran dan lain-lain, tetapi kenapa mereka perlu libatkan gadis seksi dalam klip video? Tak perlu dan kalau dia tak masukkan gadis-gadis ini di klip video orang akan tengok juga sebab aku akui lagu mereka hebat.

“Tapi hal itu tidak mengubah fakta yang mereka akan masih dapat dosa akibat menayang aurat wanita dan orang tengok klip video pun dapat dosa. Ia bukan negatif kebanyakan orang tegur sebab Cap sendiri yang cakap dia ni Tiger of Al Quds dan segelintir golongan muda memandang tinggi dirinya.

“Jadi sebab itu Cap perlu tahu mana halal mana haram,” tulis netizen yang mempertikaikan muzik video (MV) single terbaharu penyanyi dan selebriti media sosial, Caprice berjudul ‘Ayah’.

Semalam, Caprice telah melancarkan single terbaharunya itu dimana dia berkolaborasi bersama beberapa nama besar lain seperti SonaOne, Zynakal dan TujuLoca.

Menerusi kemas kini di laman Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata, tujuannya menerbitkan lagu berkenaan adalah untuk berjihad dan dalam masa sama memberi pengajaran kepada orang. Caprice berkata, dia tidak akan berhenti berjihad meskipun ramai yang menyindir apa yang dia dan rakan-rakannya lakukan.

Menerusi ruangan komen, ada antara yang bersetuju dengan Caprice dan jihad yang dilaungkannya. Tetapi ada juga yang tidak bersetuju dan merasakan apa yang dilakukan Caprice bertentangan dengan ajaran Islam.

MV TERBARU CAPRICE DIPERTIKAI WANITA TAK TUTUP AURAT


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply