Melaka lunas tunggakan gaji pemain - EDISI SIASAT

Melaka lunas tunggakan gaji pemain

Read Time:1 Minute, 28 Second
Melaka lunas tunggakan gaji pemain
Pemain Melaka menerima tunggakan gaji tiga bulan hari ini.

Melaka lunas tunggakan gaji pemain

KUALA LUMPUR: Pasukan Melaka United FC (MUFC) menunaikan janji mereka apabila melunaskan bayaran gaji pemain yang yang tertunggak selama tiga bulan.

Perkembangan itu dimaklumkan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) menerusi satu kenyataan, hari ini.

PFAM mengucapkan syabas buat pemain yang berani tampil untuk membuat laporan selain berterima kasih kepada pengurusan MUFC yang diterajui pemiliknya, Datuk Justin Lim Hwa Tat dan KenTeam kerana segera menyelesaikan isu berkenaan.

“PFAM percaya di bawah pengendalian Datuk Wira Justin selepas ini, perkara ini akan sentiasa diberikan perhatian bagi memastikan isu ini tidak akan berulang di masa akan datang.

“PFAM juga menggesa isu ini dijadikan contoh oleh semua pasukan agar segera peka dan menyelesaikan masalah berkaitan tunggakan gaji dalam kadar yang segera memandangkan pemain sudah pun menjalankan tanggungjawab mereka terhadap pasukan,” jelas PFAM.

Langkah positif yang dilakukan pengurusan MUFC juga juga bakal menyaksikan skuad Hang Tuah akan terlepas daripada dikenakan hukuman oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Melaka lunas tunggakan gaji pemain


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply