Korea Utara didakwa tembak objek mirip peluru berpandu - EDISI SIASAT

Korea Utara didakwa tembak objek mirip peluru berpandu

Read Time:1 Minute, 50 Second
Korea Utara didakwa tembak objek mirip peluru berpandu
Seorang lelaki berjalan melintasi skrin menunjukkan ujian peluru berpandu balistik terbaru Korea Selatan, yang juga ujian ketiga dalam tempoh seminggu. – Foto AFP

Korea Utara didakwa tembak objek mirip peluru berpandu

SEOUL: Korea Utara didakwa melepaskan peluru berpandu yang tidak dikenal pasti, kata pegawai Korea Selatan dan Jepun hari ini, ketika negara itu dikatakan sedang menguji senjata.

“Korea Utara melepaskan peluru yang tidak dikenali ke arah timur,” kata Ketua Turus Bersama Seoul, yang tidak mendedahkan butiran lanjut.

Malah, pengawal pantai Jepun turut mengesan pelancaran dari Korea Utara yang kelihatan seperti peluru berpandu atau jenis balistik pada jam 2.,55 petang waktu tempatan.

Jurucakap pengawal pantai yang dihubungi AFP turut berkata mereka kini masih mengesan di mana peluru itu jatuh, malah menganalisa sama ada hanya satu atau lebih banyak peluru berpandu dilancarkan.

Meskipun sekatan antarabangsa dikuatkuasa terhadap program senjata nuklear, Pyongyang pada tahun ini sudah menjalankan dua ujian yang didakwa sebagai peluru berpandu hipersonik iaitu pada 5 dan 11 Januari lalu.

Selepas ujian kedua, yang diselia sendiri oleh pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan ke atas lima orang yang dikaitkan dengan program senjata balistik negara itu.

Tindakan itu mencetuskan tuduhan daripada jurucakap kementerian luar di Pyongyang yang mendakwa AS ‘sengaja menghangatkan’ keadaan.

“Jika AS mengamalkan sikap konfrontasi sedemikian, Korea Utara terpaksa mengambil reaksi yang lebih kuat dan khusus,” kata jurucakap itu dalam ulasan yang disiarkan oleh agensi berita negara, KCNA. – AFP

Korea Utara didakwa tembak objek mirip peluru berpandu


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply