Guna pangsapuri selindung operasi judi internet - EDISI SIASAT

Guna pangsapuri selindung operasi judi internet

Read Time:2 Minute, 1 Second
Guna pangsapuri selindung operasi judi internet
Polis menyerbu sebuah pangsapuri yang menjalankan kegiatan judi dalam talian. FOTO IHSAN POLIS

Guna pangsapuri selindung operasi judi internet

KUALA LUMPUR: Polis membongkar kegiatan kumpulan menjadikan sebuah unit pangsapuri di Sentul sebagai pusat panggilan judi dalam talian yang mampu meraih keuntungan hingga RM100,000 sebulan.

Kegiatan itu terbongkar susulan serbuan sepasukan anggota Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul yang membawa kepada penahanan tiga lelaki berusia 19 hingga 54 tahun di premis berkenaan, pada jam 12 tengah hari, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata polis turut merampas beberapa telefon bimbit, kunci rumah, kad akses serta peralatan dan modem komputer bagi membantu siasatan daripada serbuan itu.

Katanya, siasatan mendapati suspek dipercayai penjaga premis serta ejen pusat panggilan berkenaan sejak sebulan lalu.

“Mereka berselindung di sebalik rumah pangsapuri persendirian yang disewa RM1,800 sebulan.

“Suspek masih ditahan di IPD Sentul untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4(1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terbabit aktiviti judi dalam talian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas kes lain, Eng Lai berkata, pihaknya menahan tiga lelaki kerana disyaki mencuri elektrik bagi melombong bitcoin atau wang kripto di sebuah premis di Metro Prima Kepong, di sini, semalam.

Katanya, suspek berusia 25 hingga 40 tahun ditahan pada jam 10.30 pagi dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang turut membawa kepada rampasan 77 mesin bitcoin selain beberapa peralatan dan modem komputer, telefon bimbit dan kunci premis.

“Siasatan mendapati seorang suspek adalah juruteknik, manakala dua lagi pembantunya.

“Mereka direman selama empat hari hingga Isnin ini mengikut Seksyen 37 (1) Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Guna pangsapuri selindung operasi judi internet


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply