DIDAKWA BAKAL KAHWIN AHLI POLITIK BERPANGKAT DATUK - INI JAWAB MAYA KARIN - EDISI SIASAT

DIDAKWA BAKAL KAHWIN AHLI POLITIK BERPANGKAT DATUK – INI JAWAB MAYA KARIN

Read Time:1 Minute, 25 Second

DIDAKWA BAKAL KAHWIN AHLI POLITIK BERPANGKAT DATUK – INI JAWAB MAYA KARIN

Timbul khabar angin baru-baru ini dimana pelakon Maya Karin dikatakan menjalinkan hubungan dengan seorang individu berpangkat Datuk. Bagaimanapun, dakwaan tersebut telah dinafikan oleh Maya.

Jelas Maya, dia ada berkawan baik dengan individu berpangkat Datuk tetapi tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa. Dalam pada itu, Maya berkata dia masih terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga namun buat masa ini dia lebih memilih untuk menambah lebih ramai kenalan.

“Ya, memang kami rapat. Tetapi bukan seperti yang didakwa. Kami hanya berkawan baik. Saya ada ramai kenalan orang politik. Jadi saya tak faham bagaimana dakwaan seperti ini boleh timbul.

“Tentu sekali saya masih mahu berumah tangga. Tetapi sekarang saya hanya menambah lebih ramai kenalan. Meluangkan lebih masa, bertemu kawan baharu meskipun dahulu saya merasakan tiada keperluan. Segan.

“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah masa terbaik untuk saya kenal lebih ramai orang. Tambah jaringan sosial. Jadi, buat masa ini tiada tekanan untuk berkeluarga,” ujarnya.

DIDAKWA BAKAL KAHWIN AHLI POLITIK BERPANGKAT DATUK – INI JAWAB MAYA KARIN


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply