Coulibaly berhutang nyawa dengan Rodriguez - EDISI SIASAT

Coulibaly berhutang nyawa dengan Rodriguez

Read Time:1 Minute, 41 Second
Coulibaly berhutang nyawa dengan Rodriguez
Coulibaly (kanan) berterima kasih kepada Rodriguez (kiri) apabila membantu menyelamatkan nyawanya selepas alami serangan jantung.

Coulibaly berhutang nyawa dengan Rodriguez

LONDON: Pemain pertahanan, Ousmane Coulibaly berterima kasih kepada bekas pemain Everton, James Rodriguez kerana membantu menyelamatkan nyawanya selepas dia mengalami serangan jantung di atas padang.

Minggu lalu, pemain Al-Wakrah itu terbabit dalam perlawanan menentang pasukan Rodriguez, Al-Rayyan sebelum dia rebah di hadapan gawang pada separuh masa pertama.

Rodriguez, 30, dilihat membetulkan kepala Coulibaly untuk memastikan dia boleh bernafas ketika pasukan perubatan bergegas ke padang untuk merawatnya.

Semalam, Coulibaly, 32, memuat naik gambarnya sambil tersenyum berada di hospital berserta kapsyen: “Pada 9 Januari 2022, saya mengalami serangan jantung di atas padang sebelum tamat separuh masa pertama.

“Ramai rakan sepasukan dan pemain pasukan lawan membantu memulihkan saya serta-merta selepas saya pengsan.

“Terima kasih kepada Tuhan dan bantuan daripada wira-wira itu, saya selamat. Terima kasih kepada James Rodriguez yang melakukan langkah pertama untuk membetulkan kepala saya.

“Juga kepada (rakan sepasukan Al-Wakrah) Saoud Al-Khater yang segera memberi isyarat kepada pasukan perubatan.”

Selepas Coulibaly rebah, permainan ditangguhkan sementara sebelum akhirnya diputuskan untuk ditunda dengan kedudukan semasa memihak Al-Rayyan 1-0.

Perlawanan diatur semula pada Isnin dan Al-Rayyan menang 3-0 hasil dua jaringan daripada Rodriguez. – AGENSI

Coulibaly berhutang nyawa dengan Rodriguez


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply