Bom ditemui di pasar bunga di New Delhi - EDISI SIASAT

Bom ditemui di pasar bunga di New Delhi

Read Time:1 Minute, 54 Second
Bom ditemui di pasar bunga di New Delhi
Anggota polis Delhi di India mengepung Pasar Bunga Ghazipur di mana sejenis bahan letupan buatan sendiri (IED) ditemui dan diletupkan secara terkawal. – Foto AFP

Bom ditemui di pasar bunga di New Delhi

NEW DELHI: Pakar pemusnah bom India hari ini mengepung pasar bunga yang sibuk di New Delhi selepas menemui sejenis bom buatan sendiri yang ditinggalkan dalam sebuah beg.

“Lokasi itu berada di bawah kawalan polis dan kami menemui IED (bom buatan sendiri).

“Perkara lain seperti siapa yang meninggalkan beg itu di sana dan jenis bahan letupan di dalam beg itu masih disiasat,” kata seorang pegawai polis kepada AFP.

Pesuruhjaya polis, Rakesh Asthana, memberitahu saluran berita NDTV bahawa beg itu ditinggalkan oleh seorang pelanggan yang mengunjungi sebuah kedai untuk membeli bunga di pasar borong bunga Ghazipur.

Laporan media turut mendedahkan, polis terpaksa melakukan letupan terkawal.

Pasar di timur Delhi itu pusat berkumpul ribuan petani kecil, pertanian dan pekedai pada setiap awal pagi.

India kini diletakkan dalam amaran keselamatan yang lebih tinggi menjelang sambutan Hari Republik pada 26 Januari, apabila perarakan tentera akan diadakan di tengah-tengah ibu negara.

Tahun lalu, polis menahan empat lelaki berhubung letupan bom kecil di luar kedutaan Israel.

Tiada kecederaan dilaporkan ketika itu tetapi tingkap tiga kereta pecah dan kejadian itu disifatkan oleh pegawai di Baitulmaqdis sebagai serangan pengganas.

Kali terakhir ibu kota India itu menyaksikan serangan besar pengganas ialah pada September 2008, apabila berlaku siri letupan bom di kawasan membeli-belah mewah yang sibuk, mengorbankan puluhan orang dan mencederakan 90 yang lain. – AFP

Bom ditemui di pasar bunga di New Delhi


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply