AS lulus pembebasan 5 lagi tahanan Teluk Guantanamo - EDISI SIASAT

AS lulus pembebasan 5 lagi tahanan Teluk Guantanamo

Read Time:3 Minute, 20 Second
AS lulus pembebasan 5 lagi tahanan Teluk Guantanamo
Gambar fail menunjukkan menara pemantau pusat tahanan ‘Kem Delta’ di Pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat di Teluk Guantanamo, Cuba. – Foto AFP

AS lulus pembebasan 5 lagi tahanan Teluk Guantanamo

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dilaporkan meluluskan pembebasan lima lagi banduan dari di pusat tahanan Teluk Guantanamo.

Bagaimanapun, langkah itu tidak bermakna banduan berkenaan akan dapat meninggalkan penjara itu dalam masa terdekat.

Al Jazeera melaporkan, banduan terbabit merangkumi tiga warga Yaman, Omar Muhammad Ali al-Rammah, Moath Hamza al-Alwi dan Suhayl al-Sharabi; seorang rakyat Somalia, Guleed Hassan Ahmed @ Guled Hassan Duran serta seorang dari Kenya, Mohammed Abdul Malik Bajabu.

Maklumat itu berdasarkan dokumen disiarkan secara dalam talian oleh Jabatan Pertahanan AS pada minggu ini.

Lima individu itu antara 39 banduan yang masih ditahan di penjara tentera berpangkalan di Cuba.

Secara keseluruhan, lima banduan berkenaan sudah menghabiskan masa selama 85 tahun dalam penjara yang beroperasi lebih dua dekad itu.

Pusat tahanan Teluk Guantanamo dibina selepas serangan pengganas di AS pada 9 September 2001 (9/11) bagi menempatkan tahanan disyaki terbabit dengan kegiatan keganasan atau jenayah berat.

Antaranya termasuk suspek yang mendalangi serangan 9/11, Khalid Sheikh Mohammed.


Disyorkan Untuk Anda :


Dua dekad selepas tahanan pertama tiba di Teluk Guantanamo, sekumpulan pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Washington menutup secara rasmi pusat tahanan yang disifatkan sebagai ‘berterusan mencabul hak asasi manusia’.

Lebih puluhan pakar hak asasi PBB menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap penjara ketenteraan berpangkalan di Cuba itu, yang masih beroperasi sehingga kini.

Kumpulan pakar itu menyifatkan pusat tahanan yang dibuka pertama kali kepada banduan pada 10 Januari 2002 itu sebagai ‘keburukan yang tiada tandingan’ dan ‘mencemar’ komitmen Washington yang kononnya berpegang pada kedaulatan undang-undang.

“Selama 20 tahun Teluk Guantanamo menjadi saksi penderitaan, keperitan yang dialami oleh tahanan dan keadaan itu menyebabkan tiada satu pun kerajaan di dunia ini bersetuju dengan penubuhannya,” jelas mereka menerusi satu kenyataan bersama.

Kumpulan pakar PBB itu menggesa pemerintah AS menutup penjara itu, menghantar pulang semua tahanan ke tempat asal mereka atau negara ketiga yang selamat dan menyediakan pemulihan untuk banduan.

Sebagai negara anggota yang baru dilantik ke dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), adalah penting untuk AS ‘menutup semua bab yang teruk mengenai pencabulan hak asasi manusia’.


Disyorkan Untuk Anda :


Teluk Guantanamo, yang pernah menempatkan hampir 800 banduan dari seluruh dunia, kini hanya menahan 39 banduan lelaki, dengan ada di antara mereka sudah ditahan sejak awal pembukaannya.

Seramai 13 tahanan daripada terbabit sudah pun bersedia untuk dipindahkan, sama ada dihantar pulang ke negara asal atau tempat lain, namun kesemuanya membabitkan prosedur yang lambat.

Sementara itu, 14 lagi tahanan menunggu untuk dibebaskan, dengan 10 daripadanya kini dalam proses perbicaraan dan dua lagi sudah disabitkan kesalahan.

Jurucakap Pentagon, John Kirby, kelmarin memaklumkan Presiden AS, Joe Biden, mempunyai perancangan untuk menutup Teluk Guantanamo, biarpun berdepan dengan pelbagai isu politik.

“Apa yang boleh saya beritahu, kerajaan AS komited untuk menutup Guantanamo.

“Kami dalam proses untuk membuat keputusan penting mengenai Guantanamo dan perkara itu akan membabitkan Rumah Putih, tentera AS, Jabatan Keadilan dan beberapa agensi lain,” katanya kepada media. – AGENSI

AS lulus pembebasan 5 lagi tahanan Teluk Guantanamo


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply