Angin lintang 'cabut' bumbung rumah - EDISI SIASAT

Angin lintang ‘cabut’ bumbung rumah

Read Time:1 Minute, 51 Second
Angin lintang 'cabut' bumbung rumah
Zambry (tengah) melawat rumah penduduk yang terjejas akibat angin lintang di Fasa 3A Seri Manjung. FOTO IHSAN PEMBACA.

Angin lintang ‘cabut’ bumbung rumah

MANJUNG: Kira-kira 20 bumbung rumah penduduk Fasa 3A Seri Manjung di sini, rosak dan diterbangkan angin lintang kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Penduduk, Ismail Hassan, 61, berkata, ketika dia sedang bersiap untuk ke masjid untuk solat Jumaat.

Katanya, dia melihat pusaran angin di depan rumahnya sebelum angin bergerak ke bahagian bumbung rumah.

“Saya mendengar bunyi angin kuat seperti bersiul dan dalam sekelip mata menerbangkan beberapa bumbung rumah.

“Jawatankuasa penduduk kemudian membuka kaunter untuk kepada penduduk yang rumahnya rosak akibat kejadian ini.

“Kira-kira 20 penduduk membuat laporan dengan lima hingga enam rumah mengalami kerosakan agak teruk termasuk rumah saya,” katanya, hari ini.

Beliau bersyukur kejadian itu tidak membabitkan kecederaan kepada sesiapa atau kerosakan harta benda lain.

Seorang penjawat awam, Nah Iqbal Ahmad Nah Rodzi, 29, berkata ibu mentua dan isterinya berada di rumah ketika kejadian melihat angin berpusar seperti puting beliung di bumbung rumahnya dan rumah jiran hadapan.

Katanya, kejadian seperti itu sudah berlaku beberapa kali di taman perumahan mereka sejak kira-kira 10 tahun lalu.

“Ketika kejadian tidak hujan, tiada ribut, cuaca pun cerah tiba-tiba angin datang dan boleh nampak atap terbang dalam keadaan berpusing di udara,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa terjejas dalam kejadian itu.

Angin lintang ‘cabut’ bumbung rumah


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply