40 Tahun Menjanda, Nenek Seronok Dapat Nikahi Pucuk Muda - EDISI SIASAT

40 Tahun Menjanda, Nenek Seronok Dapat Nikahi Pucuk Muda

Read Time:2 Minute, 0 Second
40 Tahun Menjanda, Nenek Seronok Dapat Nikahi Pucuk Muda
Perbezaan usia 19 tahun tidak menghalang seorang nenek dan seorang pemuda mengecapi kebahagiaan seperti pepatah Melayu, kalau sudah jodoh memang tidak ke mana.

40 Tahun Menjanda, Nenek Seronok Dapat Nikahi Pucuk Muda

Sebuah perkahwinan yang dibina tidaklah memandang paras rupa mahupun jarak usia, sebaliknya keikhlasan hati dan rasa cinta adalah penting untuk terus bertahan.

Menerusi perkongsian oleh @elsuse di media sosial, memaparkan detik kebahagiaan ibu angkatnya yang lebih mesra dipanggil Mama Norlie selamat bergelar isteri orang pada 9 Januari yang lalu setelah hidup bersendirian selama 40 tahun.

“Mama angkatku, Mama Norlie telah selamat diijabkabul setelah menyendiri selama 40 tahun pada 9 Januari 2022.

“Suaminya sebaya denganku, 44 tahun dan mama sudah 63 tahun,” katanya.

Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, terdapat segelintir pengguna menganggap lelaki tersebut berkahwin atas dasar inginkan harta wanita itu.

“Nenek ini mesti banyak simpan duit, sebab itu lah setuju sahaja,” kata eliscoper.


Disyorkan Untuk Anda :


Namun, wanita itu menyelar dakwaan pengguna tersebut dan memaklumkan bahawa lelaki itu merupakan seorang yang baik hati dan selalu membantu kehidupan ibu angkatnya sebelum ini.

“Lelaki itu yang banyak membantu kehidupan Mama Norlie sebelum ini,” ujarnya.

Selain itu, dia juga turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengeji pasangan tersebut kerana jodoh, rezeki dan ajal adalah ketentuan Allah.

Dalam pada itu, rata-rata orang ramai mendoakan kebahagian rumah tangga warga emas itu.

“Tahniah adik, dapat atok muda. Moga perkahwinan nenek diberi kebahagiaan berpanjangan,” kata Laila Suhaila.

“Saya pun berkahwin dengan lelaki muda, saya 57 tahun, suami 28 tahun, moga dipermudahkan semuanya,” kata Ana Aryanna Khan.

40 Tahun Menjanda, Nenek Seronok Dapat Nikahi Pucuk Muda


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply