2 Sebab Utama Mengapa Johor Perlu Adakan PRN - EDISI SIASAT

2 Sebab Utama Mengapa Johor Perlu Adakan PRN

Read Time:2 Minute, 24 Second

2 Sebab Utama Mengapa Johor Perlu Adakan PRN

2 Sebab Utama Mengapa Johor Perlu Adakan PRN

Perkhabaran dari Selat Tebrau membawa berita, kita akan menghadapi satu lagi pilihanraya negeri.

Selepas Sabah, Melaka dan Sarawak, kini tiba giliran Johor.

Menteri Besar Johor, Dato’ Hasni Mohammad dijangka akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Johor dalam masa terdekat.

Edisi Siasat percaya, ramai cytro dari Pakatan Harapan dan mungkin juga dari Perikatan Nasional terutamanya dari PPBM akan melemparkan tuduhan kepada pihak UMNO.

UMNO gila kuasa, lepas Melaka, berangan-angan hendak memerintah Johor pula.

Ini antara tuduhan liar yang pasti akan dilemparkan kepada UMNO dalam usaha menghasut rakyat supaya membenci UMNO.

Tapi hakikat yang sebenarnya tidak akan diberitahu kepada rakyat.

Kerajaan Johor Dalam Keadaan Yang Cukup Rapuh

2 Sebab Utama Mengapa Johor Perlu Adakan PRN

Jumlah DUN Johor ialah 56, Kerajaan Johor mempunyai 28 ADUN, manakala Pakatan Harapan mempunyai 27 ADUN dan seorang Speaker yang bukan ADUN tetapi layak untuk mengundi.

Ini bermakna kekuatan ADUN kerajaan dan kekuatan ADUN pembangkang adalah seimbang.

Ini membuatkan kerajaan negeri berada dalam keadaan yang sangat rapuh.

Sangat sukar untuk membuat apa-apa dasar yang memberikan munafaat kepada rakyat dan negeri Johor.

Lebih menekan lagi, keadaan ini akan membuatkan pelabur asing menangguhkan hasrat untuk membuat pelaburan di negeri Johor.

Kerajaan yang rapuh dan berada di penghujung penggal pemerintahan akan dilihat oleh pelabur sama seperti kerajaan interim.

Kerana tidak boleh membuat apa-apa dasar pemerintahan.

Perkara yang sama berlaku kepada Kerajaan Melaka sebelum PRN Melaka 2021.

Pelabur menunggu sehingga tertubuhnya kerajaan yang lebih stabil sebelum datang melabur.

Sebaik sahaja Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan yang kukuh, Melaka menerima pelaburan RM1 bilion dari usahasama syarikat tempatan dan luar negara.

Ini membuka peluang pekerjaan sekurang-kurangnya kepada 5,000 orang kepada anak Melaka.

Para pelabur yang ingin melabur di Johor boleh menunggu.

Tetapi bolehkah rakyat Johor yang telah kehilangan pekerjaan semasa PKP boleh menunggu?

Apakah Rakyat Johor Mahu Di Perintah Oleh Pakatan Harapan Sekali Lagi?

2 Sebab Utama Mengapa Johor Perlu Adakan PRN

Kewujudan kerajaan yang rapuh di Johor akan mewujudkan kembali budaya rasuah poltik.

Pakatan Harapan cuma perlu mengumpan seorang atau dua orang ADUN Johor supaya melompat.

Apabila ini berlaku, maka kerajaan Johor akan tumbang dan kuasa pemerintahan akan beralih kepada Pakatan Harapan.

Namun, kerajaan negeri yang bakal dibina oleh Pakatan Harapan masih juga sebuah kerajaan yang rapuh.

Bagaimana pula kalau ADUN Pakatan Harapan ketika itu dibeli pula oleh pihak yang lagi satu.

Akan tumbang lagi kerajaan yang memerintah, maka ianya akan menjadi sebuah cerita yang tiada penghujung.

Siapa yang akan menjadi mangsa?

Sudah pasti rakyat negeri Johor.

Kerana itu Edisi Siasat sangat bersetuju supaya DUN Johor dibubarkan.

Pulangkan semula mandat kepada rakyat supaya kerajaan yang lebih stabil dapat dibentuk.

 

2 Sebab Utama Mengapa Johor Perlu Adakan PRN

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman

Share

Leave a Reply