2 polis, 2 OKT ditahan kes tahanan mati - EDISI SIASAT

2 polis, 2 OKT ditahan kes tahanan mati

Read Time:1 Minute, 27 Second

2 polis, 2 OKT ditahan kes tahanan mati

2 polis, 2 OKT ditahan kes tahanan mati

KUALA LUMPUR: Masing-masing dua anggota polis dan orang kena tuduh (OKT) ditahan bagi membantu siasatan kematian seorang lagi OKT di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak, semalam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad, berkata Majistret Mahkamah Taiping mengeluarkan perintah reman terhadap semua suspek selama tujuh hari hingga Khamis depan.

“Berhubung kematian OKT di lokap IPD Taiping semalam, Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman memulakan siasatan pada hari sama.

“Siasatan membawa kepada penahanan dua OKT dan dua anggota polis. Mereka ditahan reman bermula hari ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, media melaporkan JIPS menerima maklumat kematian lelaki berusia 63 tahun itu pada jam 11 pagi.

Siasatan mendapati OKT adalah tahanan dari Penjara Taiping yang dituduh pada 18 April tahun lalu mengikut Seksyen 379A dan 324 Kanun Keseksaan.

OKT ditempatkan di lokap IPD Taiping selepas sebutan pertama kes Selasa lalu sementara menunggu sebutan seterusnya hari ini.

2 polis, 2 OKT ditahan kes tahanan mati


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

 

Share

Leave a Reply