YANTZEN BERSYUKUR TAK ALAMI TRAUMA & FOBIA - EDISI SIASAT

YANTZEN BERSYUKUR TAK ALAMI TRAUMA & FOBIA

Read Time:2 Minute, 36 Second

YANTZEN BERSYUKUR TAK ALAMI TRAUMA & FOBIA

YANTZEN BERSYUKUR TAK ALAMI TRAUMA & FOBIA – KEJADIAN RUMAH BANJIR –

“Selama lima tahun saya menetap di Taman Sungai Serai Tambahan, Batu 12, Hulu Langat, ia adalah kejadian banjir besar pertama dialami hingga masuk ke dalam rumah dan memusnahkan harta benda saya.

“Malah, saya sendiri sampai duduk di atas bumbung rumah untuk menyelamatkan diri. Air banjir deras yang muncul memang tak diduga. Apapun, semuanya sudah berlaku dan saya menerima dugaan ini dengan sabar dan redha.

“Alhamdulilah, saya tidak trauma dan fobia untuk tinggal di rumah selepas balik dari PPS itu. Bagi saya, apabila dapat pulang ke rumah dan melihat keadaan sebenar, hanya fikir nak bersihkan lumpur banjir yang tebal saja.

Syukur Alhamdulillah, ramai kawan-kawan yang datang membantu. Apapun, tak dinafikan kerugian harta benda dialami memang banyak. Tapi, saya terima dengan hati terbuka kerana kejadian ini tidak diduga. Malah, saya pun tak terfikir untuk berpindah dari kawasan kediaman ini ke tempat lain,” itulah kata penyanyi Yantzen, 63.
Klik untuk gambar besar

YANTZEN BERSYUKUR TAK ALAMI TRAUMA & FOBIA

Berpengalaman menetap selama dua hari di pusat penempatan sementara (PPS), Yantzen berkata dia bersyukur ramai pihak terutama badan bukan kerajaan (NGO) hadir menghulur bantuan dari segi makanan dan barangan keperluan kepada mangsa banjir terjejas.

Ditanya juga perasaannya apakah dia mengalami trauma dengan bencana banjir itu, Yantzen berkata dia bersyukur tidak berasa takut atau fobia dengan apa yang sudah berlaku. Katanya, dia okey dan tenang selepas pulang ke rumahnya semula.


Disyorkan Untuk Anda :


Menurut Yantzen lagi, dia membina rumah itu untuk anak lelaki tunggalnya, Alif Ronan, 23. Katanya, mereka merancang tinggal di rumah itu bersama-sama dan selama beberapa tahun ini sudah banyak kenangan indah dikecapi.

Mengulas juga mengenai bantuan diterima, Yantzen berkata dia amat bersyukur apabila banyak dibantu rakan-rakan, persatuan artis serta kumpulan NGO yang datang ke Hulu Langat itubuntuk menjalankan misi bantuan banjir.

YANTZEN BERSYUKUR TAK ALAMI TRAUMA & FOBIA

“Memang ramai rakan yang membantu dan kesanggupan mereka datang ke rumah membersihkan lumpur banjir serta menghulurkan bantuan kewangan amat dihargai. Begitu juga, pertolomgan jiran-jiran dan persatuan artis.

“Apapun, selain itu saya juga bersyukur masih lagi menerima tawaran menyanyi. Terima kasih kepada penganjur yang sedia memberi tawaran, sekali gus sedikit-sebanyak dapat juga membantu saya,” ujarnya.

Yantzen memaklumkan beberapa hari selepas kejadian banjir itu, dia menerima tawaran menyanyi di Terengganu. Ujarnya, dia tetap gembira dapat menghiburkan orang ramai yang hadir menyaksikan persembahannya di sebalik dugaan yang menimpa.

YANTZEN BERSYUKUR TAK ALAMI TRAUMA & FOBIA


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply