Tentera pimpinan Russia mula berundur dari Kazakhstan - EDISI SIASAT

Tentera pimpinan Russia mula berundur dari Kazakhstan

Read Time:2 Minute, 39 Second
Tentera pimpinan Russia mula berundur dari Kazakhstan
Lebih 2,000 tentera yang diketuai Russia mula berundur dari Kazakhstan. – Foto AGENSI

Tentera pimpinan Russia mula berundur dari Kazakhstan

ALMATY: Lebih 2,000 tentera yang diketuai Russia mula berundur dari Kazakhstan susulan protes aman mengenai kenaikan harga tenaga mula menjadi ganas yang tidak pernah berlaku sebelum ini hingga meragut puluhan nyawa.

Keputusan menghantar pasukan pengaman adalah tindakan pertama bagi Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO) yang diketuai Moscow, sering disebut Russia sebagai sepadan dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang sebelum ini, enggan campur tangan dalam pergolakan di Asia Tengah, iaitu rantau yang mempunyai hubungan sejarah yang panjang dengan Russia.

“Operasi pengaman sudah berakhir… tugas sudah dilaksanakan,” kata Jeneral Russia, Andrei Serdyukov, komander kontinjen CSTO yang menyaksikan tentera dari Russia, Belarus, Armenia, Tajikistan dan Kyrgyzstan dihantar ke tanah jajahan bekas Republik Soviet itu pada 6 Januari lalu.

Kementerian Pertahanan Russia memaklumkan pasukan pengaman kolektif mula mempersiapkan peralatan dan barangan untuk dimuatkan ke dalam pesawat penerbangan pengangkutan tentera angkatan aeroangkasa Russia dan kembali ke tempat penempatan tetap.

Semalam, Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev, berkata tentera Russia dan sekutu ‘memainkan peranan sangat penting dari segi menstabilkan keadaan di negara itu ketika lawatan pertamanya ke bandar utama negara itu, Almaty.

Hab kewangan yang didiami kira-kira 1.8 juta orang itu musnah ketika pertempuran antara pasukan keselamatan dan penentang kerajaan yang memberi laluan kepada rompakan.

Salah satu bangunan strategik yang dikawal oleh kontinjen CSTO ialah lapangan terbang Almaty, yang dilaporkan dirampas oleh kumpulan penentang kerajaan minggu lalu.

Tokayev dikatakan merangka pertempuran itu sebagai percubaan rampasan kuasa yang dibantu oleh pengganas tempatan dan antarabangsa.

Rakan sejawatnya, Presiden Russia, Vladimir Putin membayangkan keganasan itu mengingatkan ‘revolusi warna’ yang dicetuskan oleh campur tangan asing.

Naratif itu bergema dengan beberapa penduduk Almaty, walaupun masih terdapat kekurangan bukti yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Pesara yang sebelum bekerja sebagai jurutera, Malik Shaimukhambetov, menyalahkan insiden tembak menembak di bandar yang didiaminya atas sebab ‘pencerobohan asing’, yang dikatakannya menumbangkan tentera negara dan membenarkan kumpulan merampas bangunan kerajaan.

“Saya melihat peristiwa ini sebagai sejenis revolusi jingga yang diprovokasi oleh Barat,” kata Shaimukhambetov, sambil merujuk kepada protes politik yang meletus di Ukraine pada 2004.

Tokayev berkata, pengunduran berperingkat tentera asing akan mengambil masa tidak lebih daripada 10 hari.

Kebimbangan semakin meningkat dan Moscow boleh memanfaatkan misi untuk meningkatkan pengaruhnya di Kazakhstan. Keganasan minggu lalu di Kazakhstan meletus berikutan demonstrasi aman berhubung kenaikan harga bahan api dan berlatarbelakangkan kemerosotan taraf hidup dan rasuah endemik. – AFP

Tentera pimpinan Russia mula berundur dari Kazakhstan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply