SYURA ANGGAP KES SAMAN FITNAH BUKAN CARA CARI PUBLISITI - EDISI SIASAT

SYURA ANGGAP KES SAMAN FITNAH BUKAN CARA CARI PUBLISITI

Read Time:1 Minute, 52 Second

SYURA ANGGAP KES SAMAN FITNAH BUKAN CARA CARI PUBLISITI – TAK CEMBURU DENGAN NANA

Kes saman fitnah penyanyi dan pelakon Siti Nordiana terhadap lima sekawan, penyanyi Syura Badron atau nama sebenar Zuraidah Badron, berkata ia bukan platform yang sesuai untuk mencari publisiti, sebaliknya menganggap ada hikmat disebalik apa yang terjadi. Dalam masa sama, Syura turut menafikan dia menyimpan perasaan cemburu terhadap kejayaan Siti Nordiana atau Nana.

“Saya tak pernah terfikir pun untuk naikkan nama. Apatah lagi dengan kontroversi yang tak baik. Bagi saya, apa yang berlaku ada sebab. Kita pun tak boleh nak cakap lebih sebab benda dah jadi.

“Ramai kata, saya cemburu dengan kejayaan Nana.Tapi tidak sekali-kali ada perasaan cemburu. Macam mana pun, saya bersiap sedia dengan apa yang bakal berlaku. Terima dengan hati terbuka dan berharap satu keputusan yang baik,” katanya.

Sementara itu, Syura mengakui dia banyak menerima kecaman di ruang komen dan mesej di Instagram sepanjang tempoh enam bulan isu tersebut terjadi. Biarpun sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan, namun Syura tetap berasa tertekan apabila menerima kecaman secara melampau.

“Sudah enam bulan isu ini dan sememangnya saya ada menerima kecaman. Bukan saja di ruang komen tapi ada juga netizen yang mesej secara peribadi di Instagram.

“Komen-komen negatif dan melampau sehingga melibatkan maruah. Walaupun saya dah jadi artis hampir 20 tahun, tapi emosi tetap terganggu dengan komen melampau.

“Bila saya rasa down, kawan-kawan la tempat saya untuk lepaskan tekanan. Bersyukur ada kawan-kawan yang banyak bantu dan tanya khabar,” ujarnya yang dpetik sebagai berkata kepada mStar.

SYURA ANGGAP KES SAMAN FITNAH BUKAN CARA CARI PUBLISITI


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply