Sekurang-kurang 5 maut nahas kereta api di Bengal Barat - EDISI SIASAT

Sekurang-kurang 5 maut nahas kereta api di Bengal Barat

Read Time:1 Minute, 30 Second
Sekurang-kurang 5 maut nahas kereta api di Bengal Barat
Nahas kereta api di Bengal Barat, semalam. – FOTO AFP

Sekurang-kurang 5 maut nahas kereta api di Bengal Barat

NEW DELHI: Sekurang-kurang lima maut dan puluhan lagi mangsa cedera dalam nahas kereta api di Bengal Barat, India, semalam.

Dalam insiden itu, sebanyak 12 gerabak kereta api Ekspres Guwahati-Bikaner tergelincir dari landasan berhampiran bandar Maynaguri di daerah Jalpaiguri.

Media tempatan melaporkan kejadian berlaku ketika kereta api itu dalam perjalanan dari Patna di Bihar ke Guwahati di timur laut Assam.

Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee, berkata pegawai kanan kerajaan berada di lokasi kemalangan untuk menyelia operasi membantu dan menyelamat.

Menteri Kereta Api, Ashwini Vaishnaw, pula menciap melalui Twitter: “Memantau secara peribadi bagi operasi menyelamat yang pantas.”

Sementara itu, mangsa yang terselamat turut berkongsi detik mencemaskan ketika insiden berkenaan.

“Kami dapat merasakan kereta api bergoyang dan bagasi yang disimpan di bahagian atas terjatuh berselerakan,” kata seorang daripada mereka.

Visual dari lokasi kemalangan memaparkan gerabak rosak dan penumpang serta penduduk tempatan yang kelihatan resah. – BERNAMA

Sekurang-kurang 5 maut nahas kereta api di Bengal Barat


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

 

Share

Leave a Reply