Polis siasat kematian OKT dalam lokap - EDISI SIASAT

Polis siasat kematian OKT dalam lokap

Read Time:1 Minute, 11 Second

Polis siasat kematian OKT dalam lokap

Polis siasat kematian OKT dalam lokap

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan ke atas kematian orang kena tuduh (OKT) di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak.

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) menerima maklumat kematian lelaki berusia 63 tahun itu pada jam 11 pagi tadi.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad, berkata siasatan mendapati OKT adalah tahanan dari Penjara Taiping yang dituduh pada 18 April tahun lalu mengikut Seksyen 379A dan 324 Kanun Keseksaan.

“OKT ditempatkan di lokap IPD Taiping selepas sebutan pertama kes kelmarin sementara menunggu sebutan seterusnya esok.

“Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Polis siasat kematian OKT dalam lokap


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply