Liverpool tumpul tanpa Salah - EDISI SIASAT

Liverpool tumpul tanpa Salah

Read Time:1 Minute, 28 Second
Liverpool tumpul tanpa Salah
Pemain Liverpool, Takumi Minamino (tengah) kecewa apabila gagal menjaringkan gol ketika menentang Arsenal pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga di Anfield. – FOTO EPA

Liverpool tumpul tanpa Salah

LIVERPOOL: Kegagalan Liverpool menewaskan Arsenal yang beraksi dengan 10 pemain selama lebih sejam pada separuh akhir pertama Piala Liga pagi tadi, memberi bayangan The Reds ‘tidak boleh hidup’ tanpa Mohamed Salah.

Pemain Mesir itu bakal terlepas aksi sepanjang bulan ini susulan tugasan di Piala Negara-Negara Afrika.

Masa depan pemain itu menjadi tanda tanya ketika kontraknya berbaki 18 bulan bersama The Reds namun dia mengakui mahu terus kekal bersama pasukan itu.

Sejak menyertai Liverpool lima tahun lalu, dia menjadi legenda apabila meledak 148 gol dalam 229 perlawanan selain menamatkan penantian 30 tahun mereka untuk bergelar juara liga serta memenangi trofi Eropah keenam.

“Pemilik pasukan tidak akan dimaafkan jika Salah meninggalkan pasukan itu pada musim panas ini ataupun 18 bulan lagi.

Liverpool tumpul tanpa Salah
Gambar fail, penyerang Liverpool, Mohamed Salah. – Foto REUTERS

“Tekanan untuk mengikat Salah bukan sahaja terletak kepada FSG namun juga untuk membekalkan Jurgen Klopp dengan jentera serangan terbaik bagi mengekalkan piawaian yang ditetapkan mereka sepanjang lima tahun ini,” kata Carragher.

Ketika pasukan lain berbelanja besar pada musim panas lalu, Liverpool sekadar berbelanja RM206 juta untuk mendapatkan pertahanan, Ibrahima Konate yang ketika ini belum cukup meyakinkan sebagai pemain utama.

Kekurangan barisan serangan yang baik didedahkan selepas perlawanan menentang The Gunners khususnya selepas Takumi Minamino mensia-siakan peluang terbaik pada aksi terbabit sementara Roberto Firmino pula diketepikan Diogo Jota dalam kesebelasan utama.

“Beritahu saya satu pasukan yang tidak merindui Sadio Mane, Mo Salah dan Naby Keita. Sudah tentu kami merasai kehilangan mereka,” kata Klopp. -AFP

Liverpool tumpul tanpa Salah
Share

Leave a Reply