Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh Jambatan Pulau Pinang - EDISI SIASAT

Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh Jambatan Pulau Pinang

Read Time:1 Minute, 36 Second
Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh Jambatan Pulau Pinang
Anggota Maritim Malaysia Pulau Pinang melakukan operasi pencarian seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun dari Jambatan Pulau Pinang. – Foto ihsan Maritim Malaysia

Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh Jambatan Pulau Pinang

GEORGETOWN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas, selepas dipercayai terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 3.4 dari arah Perai, malam tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai sebagai Goh Chun Kiang, 48, dari Butterworth di sini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.40 malam.

Beliau berkata, sejurus selepas itu agensi berkenaan mengatur gerak Bot Kilat 4 ke lokasi kejadian bagi melakukan pencarian mangsa.

“Terdapat kenderaan dan barangan peribadi ditemui di atas jambatan itu dan dipercayai milik mangsa.

“Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) ditubuhkan di Jeti Polis Marin Batu Uban bagi meneruskan pencarian yang turut membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Pasukan Polis Marin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang awam boleh melaporkan sebarang penemuan, kecemasan atau kemalangan di laut menerusi talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh Jambatan Pulau Pinang


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply