LAN SOLO TIDAK RANCANG KEMBALI DENGAN KRISTAL - EDISI SIASAT

LAN SOLO TIDAK RANCANG KEMBALI DENGAN KRISTAL

Read Time:2 Minute, 33 Second

LAN SOLO TIDAK RANCANG KEMBALI DENGAN KRISTAL – BIARPUN SUDAH BERBAIK 

Meskipun penyanyi Lan Solo sudah mengakhiri sengketa dengan Rody, namun dia tidak merancang kembali bersama kumpulan Kristal. Lan atau nama sebenar, Mohd Razlan Mohamed Yusof berkata, dia perlu menghormati band baharu, Kristal X dan kumpulan lama, Kristal yang sudah memiliki vokalis sendiri.

“Saya sudah ada Kristal X dan Kristal juga sudah ada penyanyi, jadi tak sepatutnya saya kembali. Situasi ini seperti mereka sudah ada perkahwinan baharu, takkan saya mahu kacau rumah tangga mereka? Saya perlu hormati ‘rumah tangga’ mereka.

“Saya juga harap penghormatan sama untuk keluarga baharu saya, Kristal X. Tetapi saya tidak pernah menolak jika mahu bekerjasama. Semua perkara yang berlaku ini mematangkan saya. Tidak perlu ada perkara negatif lagi… Buat apa hendak bermusuh.

“Mungkin ketika itu (sewaktu pergeseran), amarah menguasai selain faktor kepenatan serta tekanan menjayakan program realiti, Gegar Vaganza (GV),” jelasnya.

Pada 6 Disember lalu, Lan memuat naik foto bersama Rody di Instagram (IG) selepas mereka terserempak di surau Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Pertemuan itu menjernihkan hubungan mereka yang keruh sejak empat tahun lalu. Lan berkata dia sering mendoakan hubungan mereka kembali jernih.


Disyorkan Untuk Anda :


“Saya selalu cakap kepada isteri saya, kalau ada yang bertegur sapa, Insya-Allah kami akan terus baik. Sejujurnya, saya sangat hormat apabila Rody yang menegur saya dahulu.

“Sebelum ini, ramai yang bertanya apakah kami sudah berbaik atau belum. Saya selalu cakap biar masa yang menentukan. Betul-betul Tuhan bagi masa dan diketemukan kami pada masa sesuai.

“Saya tidak menolak untuk berbaik sebab kami sudah saling mengenali sejak kecil lagi. Emak dan ayah Rody seperti ibu bapa saya… Saya pun sudah tiada ayah. Saya harap hubungan baik ini berterusan dan tiada lagi pihak ketiga yang ‘mencucuk’,” katanya.

Sebelum ini, hubungan Lan dan Rody keruh selepas Lan yang masih menganggotai kumpulan Kristal menyertai musim keempat GV pada 2017. Sementara itu, berkongsi mengenai Kristal X, Lan berkata, kumpulan itu masih aktif biarpun masing-masing ada komitmen sendiri.

“Kristal X dianggotai pemuzik profesional. Jadi, saya tidak pernah menyekat mereka ke sana-sini. Kami tiada ikatan yang membuatkan mereka perlu komited dengan kumpulan ini. Kami bersatu ikut projek. Jadi, tiada masalah kalau sesiapa mahu melakukan kerja lain,” ujranya yang kini tampil dengan single baharu berjudul ‘5 Kaki 4 Inci’.

LAN SOLO TIDAK RANCANG KEMBALI DENGAN KRISTAL


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply