Kremlin beri penilaian suram mengenai rundingan keselamatan dengan AS, NATO - EDISI SIASAT

Kremlin beri penilaian suram mengenai rundingan keselamatan dengan AS, NATO

Read Time:1 Minute, 33 Second
Kremlin beri penilaian suram mengenai rundingan keselamatan dengan AS, NATO
Senat Demokrat AS semalam mendedahkan RUU untuk mengenakan sekatan menyeluruh terhadap pegawai tinggi kerajaan dan tentera Russia, termasuk Putin. – Foto AFP

Kremlin beri penilaian suram mengenai rundingan keselamatan dengan AS, NATO

MOSCOW: Kremlin hari ini memberi penilaian suram berhubung rundingan keselamatannya bersama Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang dibuat pada minggu ini.

Malah, ia menyifatkannya sebagai ‘tidak berjaya’ dan mengatakan ada perselisihan pendapat mengenai perkara asas.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, Moscow melihat rang undang-undang (RUU) sekatan menyeluruh yang didedahkan oleh Demokrat Senat AS ‘sangat negatif’ dan kelihatan seperti percubaan untuk memberi tekanan ke atas Moscow.

Katanya, idea mengenakan sekatan ke atas Presiden Vladimir Putin adalah sama dengan memutuskan hubungan antara Moscow dan Washington.

Peskov berkata, dua pusingan rundingan setakat minggu ini antara Russia dan Barat menghasilkan beberapa ‘nuansa positif’ namun bagaimanapun, Russia sedang mencari keputusan konkrit, bukan nuansa.

Senat Demokrat AS semalam mendedahkan RUU untuk mengenakan sekatan menyeluruh terhadap pegawai tinggi kerajaan dan tentera Russia, termasuk Putin, dan institusi perbankan utama jika Moscow terbabit dalam permusuhan terhadap Ukraine. – AGENSI

Kremlin beri penilaian suram mengenai rundingan keselamatan dengan AS, NATO


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply