Kes tipu jual makanan Tahun Baharu Cina - EDISI SIASAT

Kes tipu jual makanan Tahun Baharu Cina

Read Time:1 Minute, 42 Second
Kes tipu jual makanan Tahun Baharu Cina
Gambar hiasan. Sindiket penipuan pembelian makanan bagi sambutan Tahun Baharu Cina secara dalam talian menyebabkan mangsa rugi RM51,400.

Kes tipu jual makanan Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat empat kes sindiket penipuan pembelian makanan bagi sambutan Tahun Baharu Cina secara dalam talian membabitkan kerugian RM51,400, antara Ahad lalu hingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mahidisham Ishak, berkata siasatan awal mendapati mangsa berurusan dengan sindiket yang memberi pautan laman sesawang untuk pembayaran wang pendahuluan menerusi WhatsApp.

“Mangsa mendaftar dan mengisi maklumat perbankan mengikut arahan sindiket. Mereka menyedari ditipu apabila terhadap beberapa transaksi pindahan wang dari akaun bank mangsa ke akaun suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mahidisham menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan setiap iklan bagi mengelak menjadi mangsa sindiket penipuan pembelian dalam talian.

“Mereka juga disarankan tidak mendedahkan maklumat perbankan serta kod keselamatan OTP dan TAC (laluan guna sekali serta kod verifikasi) kepada pihak ketiga untuk mengelak akaun perbankan terdedah kepada penggunaan tidak sah.

“Sebarang jenayah atau aktiviti mencurigakan, orang awam boleh menghubungi Hotline Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/0585, CCID Scam Response Centre (Pusat Respon Penipuan JSJK) (03-2610 1559/1599) atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

Kes tipu jual makanan Tahun Baharu Cina


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply