KALAU ISTERI TAHU BELI KASUT BERBELAS RIBU, NAHAS SAYA" - NABIL - EDISI SIASAT

KALAU ISTERI TAHU BELI KASUT BERBELAS RIBU, NAHAS SAYA” – NABIL

Read Time:2 Minute, 13 Second

KALAU ISTERI TAHU BELI KASUT BERBELAS RIBU, NAHAS SAYA” – NABIL

“Saya dah beli lama kasut ini sekitar empat tahun lepas, tak sangka sekarang harga dia dekat RM12,000. Saya tak tahu pun kasut yang saya pakai menjadi cakap-cakap orang dalam media sosial dan saya tiada niat nak menunjuk-nunjuk apa yang saya pakai.

“Kebetulan awak telefon baru saya tahu orang sibuk bercakap tentang kasut yang saya gayakan. Dah lama beli sebenarnya kasut berstatus ‘Hypebeast’ ini. Dulu beli murah je tiadalah sampai harga berbelas ribu.

“Kalau isteri tahu saya beli kasut sampai harga berbelas ribu, nahas saya (ketawa). Dia akan cakap, daipada habis duit beli kasut mahal baik habiskan duit beli tas tangan untuk dia. Inilah nasib seorang suami tapi yang penting saya memang tiada niat nak menunjuk-nunjuk kasut mahal atau apa sekalipun.

“Kebetulan kasut ‘kena’ dengan sut yang saya gayakan (malam itu), saya pun pakai sahaja,” ujar pengacara Nabil Ahmad mengenai kasut yang digayakan olehnya di suku akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) menjadi perhatian ramai, malah netizen pantas melakukan siasatan mencari harga kasut Air Jordan 1 Retro Chicago 2015 di pasaran dianggarkan berharga RM11,919.

Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk barangan berjenama miliknya, Nabil berkata dia membeli kasut berkenaan empat tahun lalu dan tidak tahu harga pasaran kasut berkenaan.

Dalam pada itu, Nabil berkata, isterinya iaitu Nazirah Ayub, sering menasihatkan dirinya supaya berjimat cermat dalam berbelanja. Katanya lagi, dia juga tidak menyangka kasutnya itu menjadi bualan ramai netizen.

Sementara itu, Nabil menitipkan nasihat bahawa segala perhiasan yang pakai semua itu hanya sementara sahaja serta jangan taksub dengan jenama mewah.

“Nanti kita mati, semua kita tinggalkan. Isteri, anak-anak, kawan-kawan dan kasut barangan mewah. Semua ini sementara sahaja dan janganlah diagung-agungkan. Jumpa Allah nanti kita bawa iman dan amal untuk dihitung. Allah tak tengok kita pakai baju atau kasut jenama apa. Mungkin kedengaran klise orang dengar ini keluar dari bibir saya tapi itulah realiti sebenarnya,” katanya.

KALAU ISTERI TAHU BELI KASUT BERBELAS RIBU, NAHAS SAYA” – NABIL


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 


Share

Leave a Reply