CAPRICE BENGANG PERJUANGANNYA DIPERTIKAI - EDISI SIASAT

CAPRICE BENGANG PERJUANGANNYA DIPERTIKAI

Read Time:2 Minute, 0 Second

CAPRICE BENGANG PERJUANGANNYA DIPERTIKAI – “TAK HABIS-HABIS PETIK ‘JIHAD’…” 

“Cap tak faham kenape ramai tak habis2 petik “Jihad” Cap baru2 ni. Tapi dari lagu Chikaro, Xde Hal Bro, dan BAL.. ok je Cap berkarya at the same time do my “jihad in education”. Tak kan nak tunggu jadi perfect baru nak cuba buat bende baik?

“Cap memang suka berkarya dalam seni hiphop tapi at the same time, selama 5 tahun ni alhamdulillah kita dapat bina apps like mengaji.com, Umrahloka, and IslamPro for our communities. Just my SMALL contribution to help more bad people like me.

“Yang tak habis2 perli jihad kita, I will never stop “jihad in education” since kita bukan buat tu demi manusia. But I will continue to berkarya in music and film for as long as i enjoy it.

“Korang yang ahli syurga Cap nak ucap taniah sebab awal2 dah boleh bau syurga, insyaAllah one day my small contributions can be weighed in the hereafter,” ujar penyanyi rap sensasi iaitu Caprice yang meluahkan rasa geram lantaran sehingga kini masih ramai pihak yang mempertikaikan cara beliau memperjuangkan jihad sebagaimana dia laungkan sebelum ini.

Caprice atau sekarang ini mahu dikenali sebagai Daddycap berkata dia percaya jika seseorang itu mahu lakukan satu kebaikan, tidak perlu untuk tunggu sehingga dirinya menjadi insan yang sempurna.

Beliau berkata demikian di dalam sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, semalam, seiring dengan mempromosikan pelancaran single terbarunya berjudul ‘Ayah’.

Dalam pada itu, Daddycap turut memberitahu biarpun dia seorang selebriti yang gemar berkarya dalam seni hip hop, namun beliau tidak akan lupa jihadnya yang diperjuangkan sebelum ini. Tambahan lagi, dia juga sempat memerli netizen-netizen yang sering mengecamnya sebagai ‘ahli syurga’ di dalam hantaran yang sama.

CAPRICE BENGANG PERJUANGANNYA DIPERTIKAI


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply