AISHAH NAFI AIBKAN SUAMI - EDISI SIASAT

AISHAH NAFI AIBKAN SUAMI

Read Time:1 Minute, 17 Second

AISHAH NAFI AIBKAN SUAMI

AISHAH NAFI AIBKAN SUAMI – KENYATAAN ‘BELI BERAS’ 

“Marah betul sesetengah orang apabila saya menceritakan pengalaman sebagai isteri yang beli beras. Relax… saya sebut begitu kerana ia betul-betul terjadi. Bagi saya ia tak aib apa pun. Itu realiti pengalaman saya dan saya percaya ianya realiti ramai kaum wanita lain.

“Tak payah bertubi-tubi DM (direct message) nak maki hamun saya,” demikianlah kata penyanyi Aishah apabila menerima banyak teguran dan cacian daripada pengikut media sosial kerana mendakwa bertindak membuka aib bekas suami.

Perkongsian Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 57, tentang pengalamannya sebagai seorang isteri yang bertanggungjawab membeli beras untuk keluarga mengundang rasa kurang senang banyak pihak.

“Saya tidak pernah merasa hidup sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah-hadiah. Seumur hidup saya la isteri yang membeli beras,” tulisnya sebelum ini.

Rata-rata netizen terkejut dengan perkongsian berkenaan namun mendoakan agar penyanyi lagu ‘Janji Manismu’ itu diberikan kebahagiaan dan kesihatan yang baik.

AISHAH NAFI AIBKAN SUAMI


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


 

Share

Leave a Reply