3 lelaki direman bantu siasatan kes pukul - EDISI SIASAT

3 lelaki direman bantu siasatan kes pukul

Read Time:1 Minute, 15 Second

3 lelaki direman bantu siasatan kes pukul

3 lelaki direman bantu siasatan kes pukul

IPOH: Tiga lelaki direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengenai video tular menerusi media sosial memaparkan seorang lelaki dipukul di Kuala Sepetang di Taiping.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, berkata semua lelaki berusia 16 hingga 19 tahun itu ditahan pada jam 9.45 malam kelmarin oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.

“Polis mengesan sebuah video berdurasi dua minit yang ditularkan menerusi Facebook bertajuk ‘seorang lelaki dipukul’ di kawasan Kuala Sepetang, Taiping.

“Rakaman video itu menunjukkan kejadian seorang lelaki dipukul tiga lelaki,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, Osman berkata, pihaknya membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

— BERNAMA

3 lelaki direman bantu siasatan kes pukul


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply