3 cedera serangan roket di Zon Hijau Baghdad - EDISI SIASAT

3 cedera serangan roket di Zon Hijau Baghdad

Read Time:2 Minute, 0 Second
3 cedera serangan roket di Zon Hijau Baghdad
(Gambar fail) Kedutaan AS di Zon Hijau Baghdad. – FOTO AFP

3 cedera serangan roket di Zon Hijau Baghdad

BAGHDAD: Tiga mangsa termasuk dua kanak-kanak, cedera dalam serangan roket di Zon Hijau Baghdad, semalam, menurut sumber keselamatan Iraq.

Satu daripada serangan terbabit dilaporkan mengenai sebuah sekolah, manakala dua roket lagi memasuki kawasan Kedutaan Amerika Syarikat (AS).

Kejadian berlaku ketika negara yang dibelenggu krisis peperangan ini terus bergelut dengan ketegangan politik, termasuk keputusan Mahkamah Agung Persekutuan semalam untuk menggantung pelantikan Speaker Parlimen yang baharu, Mohammed al-Halbussi.

“Tiga roket dilancarkan ke arah Zon Hijau. Dua roket itu jatuh dalam kawasan Kedutaan AS dan satu lagi di sebuah sekolah berhampiran,.

“Serangan itu menyebabkan seorang wanita dan masing-masing seorang kanak-kanak lelaki serta perempuan mengalami kecederaan,” kata seorang pegawai atasan Iraq yang enggan dikenali, kepada AFP.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, puluhan serangan roket atau bom dron dilapor menyasarkan pasukan tentera dan kepentingan AS di Iraq.

Jarang ada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan, namun ia lazimnya didakwa membabitkan puak pro-Iran di Iraq.

Puak berkenaan dilaporkan mendesak semua tentera AS yang berada di negara ini supaya keluar dari Iraq.

Satu lagi sumber keselamatan yang juga enggan dikenali pula memaklumkan, tiada kecederaan ataupun kerosakan dilaporkan berlaku di dalam kawasan Kedutaan AS akibat insiden berkenaan.

Kedutaan itu terletak dalam Zon Hijau Baghdad yang mempunyai kawalan keselamatan yang ketat dan turut menempatkan Parlimen serta pelbagai pejabat kerajaan.

Sementara itu, Kedutaan AS dalam satu kenyataan melalui Facebook, mengecam serangan berkenaan dengan menyifatkannya sebagai ‘cubaan kumpulan pengganas untuk menggugat hubungan antarabangsa, keselamatan dan kedaulatan Iraq.’

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. – AFP

3 cedera serangan roket di Zon Hijau Baghdad


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply