WHO bidas kenyataan Bolsonaro meremehkan ancaman Omicron - EDISI SIASAT

WHO bidas kenyataan Bolsonaro meremehkan ancaman Omicron

Read Time:1 Minute, 39 Second
WHO bidas kenyataan Bolsonaro meremehkan ancaman Omicron
Pengarah Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Michael Ryan. – Foto AFP

WHO bidas kenyataan Bolsonaro meremehkan ancaman Omicron

BRASILIA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menafikan kenyataan Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, mengatakan jangkitan varian Omicron seharusnya ‘dialu-laukan’ kerana ia mungkin jadi penamat pandemik COVID-19.

Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan, membidas kenyataan Bolsonaro semalam yang cuba meremehkan ancaman Omicron di Brazil, dalam satu temubual.

Ryan, ketika diminta mengulas kenyataan itu pada satu sidang media di Geneva, berkata walaupun Omicron mungkin jangkitan virus yang kurang serius, ia tidak bermakna coronavirus itu kurang berbahaya.

“Terdapat ramai pesakit di hospital serata dunia, ada yang dalam unit rawatan rapi (ICU) dengan kesukaran bernafas, ternyata ini bukan penyakit ringan.

“Ini adalah penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin, boleh dicegah menerusi langkah kawalan bagi mengelak jangkitan dan menerima suntikan vaksin.

“Banyak yang boleh kita lakukan, ini bukan masanya untuk menyerah atau ‘mengalu-alukan’ virus terutama yang boleh membunuh,” katanya.

Tambah Ryan, semua usaha perlu dilakukan bagi membanteras COVID-19 kerana kadar kematian dan kesengsaraan akibatnya boleh dicegah dengan vaksin yang sesuai.

Brazil kini menduduki tangga ketiga negara paling terjejas akibat COVID-19 selepas Amerika Syarikat (AS) dan India, dengan 22,716,931 jangkitan termasuk 620,371 kematian. – REUTERS

WHO bidas kenyataan Bolsonaro meremehkan ancaman Omicron


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply