USTAZ ABU SYAFIQ MENANG SAMAN FITNAH - EDISI SIASAT

USTAZ ABU SYAFIQ MENANG SAMAN FITNAH

Read Time:1 Minute, 52 Second

USTAZ ABU SYAFIQ MENANG SAMAN FITNAH, KES ‘KAFIRKAN’ USTAZ EBIT LEW

“SAYA MENANG SAMAN. Alhamdulillaah. Hari ini (semalam) 11/1/2022 Selasa selesai sahaja saya menunaikan Ibadah Umrah. Team Peguam saya yang hebat dari Firma Guaman @hafidzahhassan telah memaklumkan keputusan Mahkamah kes Saman saya terhadap pemfitnah bahawa saya sebagai Plaintif telah MENANG dan pemfitnah Defendan kalah perlu mohon maaf secara terbuka dan bayar ganti rugi kepada saya.

“Tak sangka berita gembira ini saya dapat ketika saya berada di Ka’abah Masjid Haram di Mekah. Terima kasih diucapkan kepada Puan Nurul Hafidzah @hafidzahhassan dan teamnya yang hebat baik dan ceria. Tidak lupa juga ribuan terima kasih buat semua ahli keluarga saya kerana mendoakan kemenangan ini. Allah maqbul doa anda sekalian. Alhamdulillah.

“Buat pemfitnah dan pemimpin-pemimpin yang zalim. Segeralah bertaubat sebelum terlambat,” demikian kata pendakwah sensasi, Ustaz Abu Syafiq menerusi satu perkongsian di laman Instagram dimana dia meluahkan rasa syukur apabila menang kes saman fitnah terhadapnya selepas lebih dua tahun perbicaraan berlangsung.

Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini mengarahkan seorang eksekutif kaunselor, Hamidah Rapaee membayar pampasan RM100,000 dan ganti rugi teladan RM20,000 kepada Abu Syafiq berhubung kenyataan fitnah yang dibuat melalui media sosial, dua tahun lalu.

Mahkamah juga memerintahkan defendan menulis dan menyiarkan permohonan maaf kepada plaintif, Ustaz Abu Syafiq di laman Facebook dan Youtube milik defendan.

Keputusan kes saman sivil tersebut merupakan bukti kukuh yang mahkamah bersetuju dengan hujahan-hujahan peguam Abu Syafiq yang laman Facebook beliau telah digodam dan beliau tidak pernah mengkafirkan seorang pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew.

USTAZ ABU SYAFIQ MENANG SAMAN FITNAH


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

 

 

 

Share

Leave a Reply