Seorang lelaki maut, 11 terselamat dalam kebakaran di Jalan Ipoh - EDISI SIASAT

Seorang lelaki maut, 11 terselamat dalam kebakaran di Jalan Ipoh

Read Time:1 Minute, 22 Second

Seorang lelaki maut, 11 terselamat dalam kebakaran di Jalan Ipoh

Seorang lelaki maut, 11 terselamat dalam kebakaran di Jalan Ipoh

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki meninggal dunia manakala 11 lagi individu terselamat dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai empat tingkat di Jalan Dato Haji Yusof Off Jalan Ipoh, di sini, petang tadi.

Bagaimanapun, identiti lengkap mangsa yang juga warga tempatan belum diketahui.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi BERNAMA berkata, pihaknya menerima panggilan pada JAM 5.30 petang seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian dengan kekuatan lebih 40 anggota dari tujuh balai bomba.

Katanya, siasatan awal mendapati kebakaran bermula di sebuah bilik di tingkat satu rumah kedai empat tingkat berkenaan.

Jurucakap itu memaklumkan sembilan mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur menggunakan jentera EMRS manakala tiga lagi mangsa menolak untuk dihantar ke hospital.

“Api dapat dikawal kira-kira jam 6 petang dan padam sepenuhnya jam 6.55 petang manakala punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – BERNAMA

Seorang lelaki maut, 11 terselamat dalam kebakaran di Jalan Ipoh


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply