Saya akan merindui awak - Khairy - EDISI SIASAT

Saya akan merindui awak – Khairy

Read Time:1 Minute, 44 Second
Saya akan merindui awak - Khairy
KHAIRY (enam dari kiri) bersama Serbegeth (lapan dari kiri) bekerjasama dalam program realiti televisyen, MyTeam. Foto Instagram Story Khairy Jamaluddin.

Saya akan merindui awak – Khairy

KUALA LUMPUR: Pemergian legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh jelas mengejutkan banyak pihak termasuk Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan mengakui amat merasai pemergian legenda itu kerana kedua-duanya pernah bekerjasama dalam program realiti televisyen, MyTeam.

“Selamat berehat Shebby. Betapa hebatnya perjalanan kita bersama. Saya akan merindui awak, sahabat saya,” kata Khairy di Instagram Story berserta gambar pasukan MyTeam yang menyaksikan Shebby membimbing pasukan itu.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut memberi penghormatan kepada Shebby menerusi status terbaru di akaun media sosial miliknya.

“Dunia sukan dikejutkan dengan berita pemergian Shebby Singh. Seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan yang hebat, pernah beraksi untuk Pahang FA juga.

“Dahulu kita sering kali lihat dan dengar ulasannya juga di TV tiap kali ada perlawanan. Saya juga suka dengar pandangannya. Takziah kepada ahli keluarga mendiang. Semoga tabah menghadapi dugaan ini,” katanya.

Serbegeth yang mula menyarung jersi negara dalam kejohanan Piala Presiden Korea Selatan pada 1982 meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berbasikal di Iskandar Puteri, petang tadi.

Mendiang yang lebih mesra disapa Shebby mengumpul 61 kap sehingga persaraannya selepas beraksi menentang England di Stadium Merdeka pada 1991.

Saya akan merindui awak – Khairy


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply