RUHAINIES MINTA KELUAR HOSPITAL, MAHU SAMBUNG KERJA - EDISI SIASAT

RUHAINIES MINTA KELUAR HOSPITAL, MAHU SAMBUNG KERJA

Read Time:1 Minute, 57 Second

RUHAINIES MINTA KELUAR HOSPITAL, MAHU SAMBUNG KERJA – KERACUNAN MAKANAN 

“Hanya tuhan tahu apa saya rasa sekarang ini… saya alami keracunan makanan minggu lalu sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital sehari. Doktor minta saya berehat di hospital lebih lama tapi saya tolak kerana perlu menyelesaikan tugas penggambaran… orang macam kami ni cuti sakit tak ada nilai tau.

“Alhamdulillah, hari ini (Rabu) baru rasa betul-betul pulih daripada muntah-muntah dan sakit perut, tak ingat dah bila kali terakhir saya keracunan makanan seteruk ini,” itulah kata pelakon Ruhainies yang terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur baru-baru ini, gara-gara mengalami keracunan makanan.

Menurut Ruhainies, 29, dia mendapatkan rawatan kecemasan selepas mengalami sakit perut dan muntah-muntah teruk. Sebelum itu, pelakon drama ‘Cukup Derita Itu’ ini berkongsi mengenai keadaan kesihatannya menerusi laman Instagram pada pagi Rabu.

Ruhainies berkata, dia tetap meneruskan kerja seperti biasa, meskipun keadaan tubuh masih belum pulih sepenuhnya. Ini kerana dia enggan menyusahkan pihak lain jika mengambil cuti sakit.

“Sehari selepas keluar hospital saya terus bekerja macam biasa, memang rasa tersiksa kerana badan belum okay… saya terpaksa ambil ubat untuk tahan sakit. Tapi saya tetap teruskan kerja dan gagahkan diri kerana tak mahu menyusahkan orang lain.

“Bayangkan dua hari menahan sakit, telefon pun saya tak boleh nak pegang, saya cuma mampu selesaikan kerja dan berehat. Terima kasih kepada produksi drama kerana sangat memahami, mereka bagi saya call time (waktu kerja) lewat untuk hari berikutnya.

“Alhamdullilah sekarang ini keadaan saya semakin baik. Pesanan saya, jaga diri dan kesihatan ya. Tak kisahlah berapa kuat anda bekerja, berapa banyak duit anda dapat, kesihatan tetap nombor satu,” ujarnya.

RUHAINIES MINTA KELUAR HOSPITAL, MAHU SAMBUNG KERJA


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

 

 

Share

Leave a Reply