Remaja hilang ditemui kepenatan, bingung - EDISI SIASAT

Remaja hilang ditemui kepenatan, bingung

Read Time:1 Minute, 47 Second
Remaja hilang ditemui kepenatan, bingung
Muhammad Iznun Al-Azim Mahadi yang dilaporkan hilang selepas masuk ke kawasan semak untuk membuang air kecil, ditemui penduduk dalam keadaan lemah serta kebingungan di atas sebuah jambatan. NSTP/Ihsan PDRM

Remaja hilang ditemui kepenatan, bingung

GUA MUSANG: Remaja lelaki yang hilang selepas membuang air kecil di kawasan semak di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, malam kelmarin, ditemui penduduk dalam keadaan kepenatan serta kebingungan di atas sebuah jambatan, petang tadi.

Mangsa, Muhammad Iznun Al-Azim Mahadi, 13, ditemui jam 5.30 petang pada jarak dua kilometer dari lokasi dia dipercayai hilang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata remaja berkenaan berjalan dalam keadaan kepenatan serta kelihatan kebingungan ketika ditemui penduduk yang kebetulan melalui kawasan kampung itu.

“Penduduk yang menemuinya segera membawa remaja itu pulang ke rumah keluarganya. Melihat keadaannya yang membimbangkan, kami akan membawa mangsa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, keluarga remaja berkenaan bersyukur kerana anak mereka ditemui selamat selepas lebih 24 jam dilaporkan hilang,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, remaja lelaki dipercayai hilang selepas membuang air kecil di kawasan semak jam 10 malam.

Mangsa dikatakan sedang bermain bersama rakannya di gelanggang sepak takraw yang terletak berhampiran rumahnya sebelum masuk ke kawasan semak untuk membuang air kecil.

Bagaimanapun, mangsa tidak keluar semula menyebabkan rakannya menyangka remaja berkenaan sudah pulang ke rumah.

Remaja hilang ditemui kepenatan, bingung


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

 

Share

Leave a Reply