Penumpang ceroboh kokpit pesawat - EDISI SIASAT

Penumpang ceroboh kokpit pesawat

Read Time:1 Minute, 25 Second
Penumpang ceroboh kokpit pesawat
Seorang penumpang memecah masuk ke dalam kokpit pesawat American Airlines di lapangan terbang Honduras, dan melakukan kerosakan. – Foto AGENSI

Penumpang ceroboh kokpit pesawat

TEGUCIGALPA: Seorang penumpang memecah masuk ke dalam kokpit pesawat American Airlines di lapangan terbang Honduras, dan melakukan kerosakan.

Ketika kejadian, pesawat itu dijadualkan untuk berlepas ke Miami, Amerika Syarikat.

American Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan insiden itu memaksa kru campur tangan dan lelaki itu yang tidak dikenal pasti itu kemudian ditangkap pihak berkuasa tempatan.

Tiada kecederaan dilaporkan susulan insiden berkenaan.

ABC News melaporkan bahawa suspek berlari melalui laluan ke pesawat (jetway) kemudian terus masuk ke dalam kokpit.

Dia kemudian merosakkan alat kawalan penerbangan dan cuba melompat keluar dari tingkap terbuka, ketika juruterbang cuba menghalangnya.

“Kami memuji anak kapal kami yang cemerlang kerana profesionalisme mereka dalam menangani situasi sukar,” kata American Airlines dalam kenyataannya.

Insiden menyebabkan pesawat Boeing 737-800 itu, tidak dapat berlepas.

Kesemua penumpang dijadualkan menaiki sebuah pesawat lain untuk ke Miami. – REUTERS

Penumpang ceroboh kokpit pesawat


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply