Pemergian Shebby kehilangan besar kepada bola sepak negara - EDISI SIASAT

Pemergian Shebby kehilangan besar kepada bola sepak negara

Read Time:2 Minute, 6 Second
Pemergian Shebby kehilangan besar kepada bola sepak negara
Sukumaran (kanan) terkejut dengan berita pemergian Shebby.

Pemergian Shebby kehilangan besar kepada bola sepak negara

JOHOR BAHRU: Berita bekas pemain bola sepak kebangsaan Serbegeth Singh yang meninggal dunia semalam nyata mengejutkan penggiat bola sepak tanah air.

Antara yang terkesan dengan pemergian mendiang Serbegeth yang sinonim dengan panggilan Shebby Singh adalah bekas jurulatih Johor FA, K Sukumaran yang pernah membimbingnya ketika menyertai pasukan berkenaan pada musim 1983.

Sukumaran menganggap bekas anak buahnya itu adalah seorang yang berdedikasi dan tiada mengenal erti kekecewaan sebaliknya sentiasa memberi persembahan terbaik apabila beraksi di padang.

“Bakat beliau dikesan oleh Allahyarham Abdul Shatar Khan dan ketika itu mendiang berusia 22 tahun dan kemudian saya serapkan beliau di skuad senior dan sering berada dalam kesebelasan utama.

“Sepanjang bersama Johor FA, beliau begitu komited dan kerap memberi kerjasama yang baik pada sesi latihan dan begitu akrab dengan rakan sepasukan,” katanya ketika dihubungi.

Shebby meninggal dunia pada usia 61 tahun pada petang semalam selepas jatuh pengsan dipercayai akibat sesak nafas ketika berbasikal.

Beliau memulakan kerjaya di gelanggang bola sepak sebagai pemain pertahanan bagi pasukan Johor sebelum berpindah ke pasukan Kuala Lumpur pada 1983.

Mendiang juga pernah beraksi bagi pasukan Negeri Sembilan dan Pahang sebelum menamatkan kerjayanya dengan Perak pada 1996.

Sejak bersara sebagai pemain kebangsaan, mendiang meneruskan khidmat sebagai jurulatih dan menjadi hos rancangan sukan di Asia.

Bukan sahaja pernah berkhidmat dalam mengendalikan pasukan kebangsaan, bahkan mendiang juga adalah Penasihat Global Blackburn Rovers pada 2012.

Bagi Sukumaran, bola sepak negara kehilangan individu yang kerap memberi komen untuk membangunkan bola sepak negara dan sememangnya ia adalah satu kerugian.

“Bukan itu sahaja, beliau juga terbabit untuk menasihat struktur pembangunan bola sepak Johor ketika bersama kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) ,” kata Sukumaran yang kini bertugas selaku pengurus pembangunan bola sepak JDT.

Pemergian Shebby kehilangan besar kepada bola sepak negara


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply