Lelaki hilang di Tok Bali ditemui - EDISI SIASAT

Lelaki hilang di Tok Bali ditemui

Read Time:1 Minute, 51 Second
Lelaki hilang di Tok Bali ditemui
Keadaan Ahmad Zul Mukrish Zakaria, 22 yang calar-balar ditemui dilaporkan hilang di hutan dekat Perumahan Nelayan Tok Bali, Pasir Puteh. FOTO IHSAN PEMBACA

Lelaki hilang di Tok Bali ditemui

PASIR PUTEH: Seorang lelaki yang hilang sejak Isnin lalu, ditemui selamat oleh penduduk kampung dekat kawasan paya berdekatan perkampungan nelayan Tok Bali di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Ediansha Endal berkata, mangsa Ahmad Zul Mukhriz Zakaria, 22, mangsa ditemui orang awam yang terdengar jeritan meminta tolong dari arah paya itu dan memaklumkan kepada keluarganya.

“Seterusnya bapa mangsa dan penduduk kampung pergi ke lokasi di mana suara itu didengari dan menemui mangsa dalam keadaan lemah dan tidak berpakaian pada jam 8.05 malam.

“Terdapat juga kesan calar di seluruh badan mangsa dan kaki mangsa turut berdarah dan pucat disebabkan berada lama dalam air ,” katanya, hari ini.

Ediansha berkata, mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk mendapatkan rawatan dan mangsa dilaporkan stabil.

“Mangsa boleh bercakap dan mengingati kejadian dari awal cuma keadaannya masih lemah,” katanya.

Terdahulu, lelaki berkenaan dilaporkan hilang Isnin lalu jam 12 tengah hari ketika membuang sampah di kampung berkenaan.

Mangsa melarikan diri ke dalam hutan berhampiran perkampungan nelayan di Tok Bali, di sini gara-gara terkejut melihat kereta peronda polis.

Operasi mencari membabitkan 44 anggota penyelamat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Angkatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Lelaki hilang di Tok Bali ditemui


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply