Lelaki China dipenjara kerana bakar kabel internet - EDISI SIASAT

Lelaki China dipenjara kerana bakar kabel internet

Read Time:1 Minute, 28 Second

Lelaki China dipenjara kerana bakar kabel internet

Lelaki China dipenjara kerana bakar kabel internet

BEIJING: Seorang lelaki di China dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun berikutan membakar peralatan internet selepas berang sambungan internetnya perlahan, kata pihak berkuasa.

Lelaki dengan hanya nama Lan, berada di sebuah kafe internet di wilayah selatan Guangxi pada Jun tahun lalu, namun kecewa kelajuan internetnya merosot.

Sejurus itu, dia bertindak memusnahkan kotak awam yang mengandungi kabel rangkaian gentian optik, kata mahkamah tempatan dalam satu kenyataan, semalam.

Mahkamah mengatakan lelaki itu menggunakan pemetik api untuk membakar kain napkin yang ada padanya, kemudian membakar kotak telekomunikasi di persimpangan jalan raya.

Kebakaran itu menyebabkan hampir 4,000 rumah dan pejabat, termasuk hospital awam, kehilangan akses internet selama 28 hingga 50 jam.

“Susulan itu, pegawai keselamatan awam merampas alat yang dipercayai digunakan Lan untuk melakukan jenayah iaitu pemetik api,” kata mahkamah yang terletak di Cenxi, sebuah bandar di pergunungan kecil.

Lan kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun kerana ‘memusnahkan kemudahan telekomunikasi awam’.

Insiden itu mencetuskan ejekan meluas di internet China, dengan seorang pengguna Weibo menggelar lelaki itu sebagai ‘bayi besar’. – AFP

Lelaki China dipenjara kerana bakar kabel internet


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply