Kakitangan Yahoo Jepun boleh bekerja di mana-mana - EDISI SIASAT

Kakitangan Yahoo Jepun boleh bekerja di mana-mana

Read Time:2 Minute, 18 Second
Kakitangan Yahoo Jepun boleh bekerja di mana-mana
Yahoo Jepun memberitahu 8,000 pekerjanya boleh bekerja di mana saja di negara terbabit. – Foto AGENSI

Kakitangan Yahoo Jepun boleh bekerja di mana-mana

TOKYO: Yahoo Jepun memberitahu 8,000 pekerjanya boleh bekerja di mana saja di negara terbabit bahkan sanggup menerbangkan kakitangan apabila memerlukan, menentang trend syarikat yang menetapkan kembali pekerja mereka ke pejabat ketika penularan pandemik COVID-19 memasuki tahun ketiga.

Program yang berkuat kuasa mulai 1 April itu itu membenarkan pekerja berulang alik menggunakan penerbangan yang sebelum ini bukan satu pilihan, menurut syarikat dalam kenyataan, hari ini.

Walaupun Yahoo terkenal dengan portal internetnya di Jepun, ia adalah unit Kumpulan Z Holdings SoftBank yang juga memiliki aplikasi pesanan Line dan perkhidmatan pembayaran mudah alih PayPay.

Menurut Presidennya, Kentaro Kawabe, kira-kira 90 peratus pekerja syarikatnya bekerja jarak jauh, melalui kenyataan yang disiarkan di Twitter dengan majoriti besar pekerjanya memaklumkan prestasi mereka kekal stabil atau bertambah baik dengan bekerja dari rumah.

“Maka, kami benarkan pekerja untuk bekerja dari mana saja di Jepun. Ini tidak bermakna kami mengetepikan faedah bekerja di pejabat berikutan jika perlu kakitangan terbabit boleh menaiki kapal terbang apabila pekerjaannya memerlukannya hadir,” katanya.

Yahoo memperuntukkan belanjawan berulang-alik sebanyak 150,000 yen (RM7,346.) sebulan bagi setiap pekerja dan menaikkan had harian yang ditetapkan sebelum ini.

Komunikasi secara peribadi akan tetap digalakkan kerana inisiatif itu juga bertujuan untuk meningkatkan semangat dan kesejahteraan, dengan perhimpunan sosial akan diberikan subsidi sebanyak 5,000 yen (RM181.37) setiap pekerja sebulan.

Syarikat berkenaan yang sudahpun mempunyai sistem kerja jauh ‘pejabat di mana-mana saja’ sejak 2014, tetapi ia mengehadkan bilangan hari bekerja dari rumah kepada lima hari sebulan sebelum COVID-19 berlaku.

Syarikat Jepun bertindak balas terhadap wabak itu dengan menerima melaksanakan sistem kerja fleksibel, yang jarang berlaku sebelum 2020 dalam budaya yang menjadi kebanggaan dengan interaksi langsung di pejabat dan waktu kerja yang panjang.

Minggu lalu, syarikat Panasonic melancarkan rancangan untuk empat hari seminggu bekerja, satu inisiatif yang sudah dijalankan di Kumpulan Kewangan Mizuho atau Mizuho Financial Group. – BLOOMBER

Kakitangan Yahoo Jepun boleh bekerja di mana-mana


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply