Ganja bernilai lebih RM147,000 dirampas, 8 ditahan - EDISI SIASAT

Ganja bernilai lebih RM147,000 dirampas, 8 ditahan

Read Time:3 Minute, 8 Second
Ganja bernilai lebih RM147,000 dirampas, 8 ditahan
Ketua Polis Kedah Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad menunjukkan ganja yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, hari ini. – Foto NSTP/Izad Thaqif Hassan

Ganja bernilai lebih RM147,000 dirampas, 8 ditahan

KULIM: Polis menahan lapan individu termasuk seorang wanita dan merampas ganja seberat 58.98 kilogram (kg) dengan nilai keseluruhannya berjumlah RM147,450 di sekitar daerah ini dan Pulau Pinang, pada 6 dan 7 Januari lepas.

Ketua Polis Kedah, Wan Hassan Wan Ahmad, berkata kesemua mereka berumur antara 29 hingga 49 tahun, di mana tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki yang juga pemandu bas kilang yang ditahan di tempat letak kenderaan kawasan Perumahan Awam, Kelang Lama di sini pada 5.15 petang, 6 Januari lepas.

“Pemeriksaan fizikal pada suspek ini menemukan bahan disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 0.35 gram di dalam beg silang yang dipakai di badannya.

“Pemeriksaan lanjut di dalam sebuah bas kilang menemukan dua guni berwarna putih yang masing-masing mengandungi 19 ketulan mampat ganja seberat lebih 19.54kg dan 22 ketulan mampat ganja dengan berat 22.39kg,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil soal siasat terhadap lelaki itu polis berjaya merampas 12 ketulan mampat ganja dengan anggaran berat 11.91kg di dalam satu guni berwarna putih di bawah bas kilang itu lebih kurang 12.45 tengah hari pada 9 Januari.

“Lanjutan daripada tangkapan pertama itu, polis kemudian menahan seorang lelaki di kawasan premis RHB Bank, Cawangan Jalan Pasar, Ayer Hitam, Pulau Pinang pada 10.15 pagi, 7 Januari lalu kerana dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah.

“Hasil soal siasat dilakukan oleh pihak polis ke atas tangkapan ini, telah membawa kepada satu lagi rampasan di Seberang Jaya, Pulau Pinang, membabitkan dua bungkusan plastik lut sinar berisi dadah disyaki ganja dengan anggaran berat 1.9kg,” katanya.

Wan Hassan berkata, polis kemudian menahan pasangan suami isteri serta merampas ganja dengan anggaran berat 2.87kg di sebuah rumah di kawasan Sungai Lokan, Sungai Dua, Butterworth dekat Pulau Pinang lebih kurang 12.15 tengah hari pada 7 Januari lepas.

“Pemeriksaan lanjut pihak polis dalam rumah itu menemukan beberapa lagi peket dan ketulan mengandungi dadah dalam sebuah almari besi bahagian ruang tamu rumah tersebut,” katanya.

Dalam serbuan seterusnya, Wan Hassan berkata pihak polis menahan dua lelaki di hadapan sebuah rumah di kawasan Taman Kamuning di sini lebih kurang 3.30 petang pada 7 Januari lepas, yang turut dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah itu.

Katanya, beberapa jam selepas itu dua lagi lelaki ditahan ketika keluar dari sebuah kenderaan jenis Nissan Sentra di kawasan tempat letak motokar, Jalan Masjid Negeri, Greenlane, Jelutong, Pulau Pinang dan polis menemukan 10 ketulan mampat disyaki ganja di dalam kenderaan itu.

Beliau berkata, kesemua dadah itu dipercayai diperoleh dari negara jiran untuk dipasarkan di negeri ini dan Pulau Pinang.

“Siasatan awal pihak polis mendapati kesemua mereka itu disyaki terbabit dengan rangkaian pengedaran dadah sejak setahun lalu,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Ganja bernilai lebih RM147,000 dirampas, 8 ditahan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply