Chelsea ke final, Tuchel tidak gembira - EDISI SIASAT

Chelsea ke final, Tuchel tidak gembira

Read Time:2 Minute, 6 Second
Chelsea ke final, Tuchel tidak gembira
Pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger (kiri) bersalaman dengan pengurus, Thomas Tuchel selepas aksi separuh akhir Piala Ligamenentang Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham Hotspur dekat London. – REUTERS

Chelsea ke final, Tuchel tidak gembira

LONDON: Thomas Tuchel mengetuai Chelsea kurang daripada setahun tetapi sudah mendatangkan impak besar pagi tadi apabila menjadi pengurus pertama dalam sejarah kelab berjaya membawa pasukannya ke setiap final Piala Liga, Piala FA dan Liga Juara-Juara.

Mereka melengkapkan kemenangan 3-0 secara agregat mengatasi Tottenham Hotspur pada separuh akhir kedua Piala Liga pagi tadi, namun Tuchel yang menggantikan Frank Lampard Januari lalu nyata tidak gembira dengan persembahan dipamerkan di utara London itu.

Gol tunggal Antonio Rudiger selepas 18 minit memastikan pasukan itu akan ke final di Wembley untuk menentang sama ada Liverpool atau Arsenal.

Perbezaan kualiti antara kedua-dua pasukan bukan hanya dilihat di tengah padang namun juga di bangku simpanan kerana Tuchel memiliki N’Golo Kante, Thiago Silva, Christian Pulisic, Hakim Ziyech dan Kai Havertz yang boleh digunakan.

Tuchel sedar pasukan yang lebih bagus boleh menghukum kelemahan seperti dipamerkan pasukannya dan dia tidak bertoleransi ketika mereka akan berdepan Manchester City Sabtu ini dengan kekalahan pastinya akan menyingkirkan pasukannya dalam pemburuan gelaran.

“Kami sedikit hilang kawalan, fokus, merebut bola yang penting dan kami bernasib baik tidak melepaskan gol,” kata Tuchel yang tewas final Piala FA tahun lalu tetapi menang Liga Juara-Juara.

“Kami sedikit gopoh dan tidak sepenuhnya menyedari bahaya yang datang. Saya ada perasaan di tepi garisan gol bahawa kami bermain dengan api.

“Pada babak kedua sekali lagi, kuat pada 15 minit awal tetapi perkara sama terjadi. Kami banyak kehilangan bola, kalah banyak cabaran.

“Jadi banyak perkara perlu diperbaiki, ia bukanlah perlawanan yang terlalu teruk, ia perlawanan okey dan ada ketikanya kami bagus. Tetapi ia perlukan peningkatan ketara.” – REUTERS

Chelsea ke final, Tuchel tidak gembira


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply