Chelsea ke final Piala Liga - EDISI SIASAT

Chelsea ke final Piala Liga

Read Time:1 Minute, 27 Second
Chelsea ke final Piala Liga
Pemain Chelsea, Antonio Rudiger meraikan gol jaringannya bersama Romelu Lukaku pada aksi separuh akhir kedua menentang Tottenham Hotspur di London. – REUTERS

Chelsea ke final Piala Liga

LONDON: Chelsea menewaskan pencabar dari London, Tottenham Hotspur 1-0 hasil gol babak pertama Antonio Rudiger seterusnya melengkapkan kejayaan 3-0 secara agregat pada separuh akhir Piala Liga sebentar tadi.

Mendahului 2-0 hasil kemenangan pada pusingan pertama minggu lalu di Stamford Bridge, pertahanan, Rudiger memberikan tekanan buat Tottenham apabila dia meledak hasil hantaran lintang Mason Mount pada minit ke-18.

Tottenham bertarung sengit untuk kembali tetapi ia bukanlah malam milik mereka apabila dua penalti diberikan pengadil Andre Mariner kedua-duanya dibatalkan selepas melihat rakaman VAR.

Menambah derita pasukan itu apabila jaringan Harry Kane juga dibatalkan selepas sekali lagi melihat rakaman VAR.

Chelsea, yang akan berdepan Manchester City pada aksi Liga Perdana Sabtu ini, agak selesa pada babak kedua dan akan cuba memenangi Piala Liga buat kali keenam pada final menentang sama ada Liverpool atau Arsenal. – REUTERS

Chelsea ke final Piala Liga


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply