AWEERA BERSYUKUR BERADA DI KELOMPOK ATAS, PUAS HATI TUNJUK 'TARING' - EDISI SIASAT

AWEERA BERSYUKUR BERADA DI KELOMPOK ATAS, PUAS HATI TUNJUK ‘TARING’

Read Time:1 Minute, 37 Second

AWEERA BERSYUKUR BERADA DI KELOMPOK ATAS, PUAS HATI TUNJUK ‘TARING’ – TERTEKAN SETIAP MINGGU 

“Akhirnya… syukur saya berada di kedudukan kelompok atas. Ia bukan usaha saya seorang, pastinya pihak pengurusan juga banyak membantu dan doa peminat yang sentiasa mahu melihat saya berjaya.

“Namun tak boleh nak rasa senang. Cabaran seterusnya adalah untuk minggu separuh akhir nanti,” ujar pelakon Aweera yang akhirnya berpuas hati apabila berjaya membuktikan kemampuan vokalnya, selepas lapan minggu berjuang dalam Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Norhissham, 31, yang menyanyikan lagu ‘Rapuh’ dari kumpulan Nastia berpuas hati dan lega dapat menduduki markah tiga tertinggi pada malam suku akhir GV8, Ahad lalu.

Akui tertekan untuk memberikan persembahan terbaik setiap minggu, Aweera juga menganggap GV8 adalah platform untuk dia kembali mencipta nama. Apa lagi industri hiburan tempatan kini semakin rancak berjalan selepas negara kita melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya akui melakukan kesilapan dalam konsert sebelum ini. Bukan mudah untuk membuat persediaan dalam masa singkat. Sebelum ini pun saya dah lama tidak membuat persembahan pentas, jadi ini bagaikan kembali semula menyanyi. Tekanan untuk buat persembahan terbaik memang ada, tapi pengalaman sebelum ini banyak ajar saya untuk sentiasa tenang,” jelasnya.

AWEERA BERSYUKUR BERADA DI KELOMPOK ATAS, PUAS HATI TUNJUK ‘TARING’ – TERTEKAN SETIAP MINGGU


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Kepada Azman Ujang, Jangan ‘Di Lacurkan’ SPRM

 

Share

Leave a Reply